Banjir di Pantai Timur: i-Bantu hulur bantuan awal

Bantuan makanan oleh i-Bantu Tumpat seawal 19 Disember lalu di Kampung Laut dan Pasir Pekan Hilir, diikuti dengan Pulau Tongkang, Kg Kajang Sebidang dan beberapa kampung lain.

i-Bantu Tanah Merah pula mengedarkan bantuan di sekitar Tanah Merah dan Machang. Meskipun terputus perhubungan, beberapa aktivis i-Bantu membuat kutipan derma untuk membeli dan mengedarkan makanan di kawasan-kawasan terputus sejak 25 Disember lalu hingga kini.

Di Pasir Mas, misi bantuan i-Bantu dan IKRAMHealth Kelantan dengan kerjasama Pusat Islam USM Kampus Kesihatan telah dilakukan pada 25 Disember lalu dengan penglibatan 30 orang sukarelawan. Misi pertama menghantar bantuan ke Rantau Panjang  dibatalkan ekoran limpahan air di jalan berhampiran bandar Pasir Mas.

Misi telah berpatah balik dan meneruskan penghantaran bantuan ke pusat pemindahan di SMK Salor, Pasir Mas yang menempatkan 60 keluarga. i-Bantu Kelantan turut membekalkan dua buah bot untuk mengedarkan bantuan ke kawasan-kawasan yang terputus di sekitar Kota Bharu.

Di Dungun, bantuan awal i-Bantu Dungun diedarkan ke pusat pemindahan di SK Tanjung Pati, SMK Padang Pulut pada 25 Disember, diikuti dengan Kampung Tok Kah dan Pulau Serai dengan kerjasama i-Bantu Selangor.


Dengan kerjasama IKRAMHealth, barang bantuan dan khidmat kesihatan turut diadakan di Kg Wa dan Kg Dendang keesokannya. Bantuan turut dihantar di pusat pemindahan SK Kg Delong.

Di Kemaman, i-Bantu Kemaman berjaya menghantar bantuan kepada penduduk di Kg Paman yang terputus bekalan makanan selama beberapa hari pada petang Sabtu. Selain itu, bantuan turut dihantar ke Felda Seberang Tayor, Kg Batu 14 dan pusat pemindahan di SMK Geliga semalam.

IKRAMHealth pula menyediakan khidmat kesihatan dan ubat-ubatan untuk mangsa banjir di beberapa pusat pemindahan di Kemaman antara SMK Banggol. Dengan kerjasama IMAM Response & Relief Team (IMARET), MyCARE, Rose2Rose dan MIMPA, barang keperluan kesihatan dan perubatan turut tiba di Kerteh semalam.

i-Bantu Pahang pula menjalankan dua fokus utama semasa banjir dengan  membantu mangsa banjir iaitu menyediakan makanan untuk mangsa banjir dan menyediakan khidmat ibadah kerohanian untuk mangsa banjir dan anak-anak mereka seperti pengurusan solat berjemaah dan tayangan video untuk anak-anak mangsa banjir di pusat pemindahan Wisma Belia, Kompleks SUKPA, SMK Panglima Perang dan SBPI Kuantan.


i-Bantu Pahang turut meninjau keadaan banjir di Temerloh yang semakin kritikal dan memberikan barang bantuan banjir dengan kerjasama i-Bantu Wilayah Persekutuan dan i-Bantu Selangor di Hospital Temerloh, SM Seberang Temerloh, Tanjung Batu, Temerloh Jaya, Kg Raja Songsang, Kg Lompat, SK Mentakab Jaya dan lain-lain.

Sumbangan untuk mangsa banjir melalui i-Bantu boleh dimasukkan ke akaun Maybank 5621 4240 5154 atas nama Pertubuhan IKRAM Malaysia. Sila e-mel slip sumbangan di alamat ibantu4ikram@gmail.com.

Sebarang maklumat atau pertanyaan, sila rujuk FB i-Bantu atau hubungi Pengurus Operasi i-Bantu, Sdr Muhammad Nasir Tampol di talian 014-3110628.

Sekalung penghargaan buat para penyumbang dan sukarelawan yang ingin membantu. Segala keprihatinan, sumbangan dan bantuan ini menjadi bukti kasih kita buat saudara-saudara kita yang diuji dengan banjir, insyaa-Allah.

 

Sumber:

FB IKRAM Kelantan: http://on.fb.me/1wWTdst

FB IKRAM Tanah Merah: http://on.fb.me/1zMEJxF

FB IKRAM Tumpat: http://on.fb.me/1ttG9LM

FB IKRAM Pahang: http://on.fb.me/13Oi8D1

FB IKRAM Dungun: http://on.fb.me/1EAIzNd

FB IKRAM Kemaman: http://on.fb.me/1zMENNR

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia