Banci 2020 indikator signifikan agihan kekayaan lebih saksama

SERI KEMBANGAN – Data yang diperolehi daripada Banci Penduduk dan Perumahan 2020 (Banci Malaysia 2020) akan menjadi indikator terperinci mikro yang amat signifikan dalam memastikan dasar dan polisi dapat digubal bagi membolehkan pertumbuhan ekonomi serta agihan kekayaan yang lebih saksama.

 

“Ia seterusnya akan mengurangkan jurang antara kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan di negara ini serta memastikan kelestarian alam sekitar terjaga,” kata Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

 

Beliau berkata, bagi tujuan tersebut, sudah pastilah keperluan mengeluarkan pelbagai data serta indikator di peringkat terperinci dan mikro amat signifikan.

 

“Maklumat bukan lagi diperlukan di peringkat negeri mahupun daerah malah di peringkat mukim, lokaliti seperti taman mahupun kampung,” ujar Ismail ketika berucap melancarkan Laporan Penemuan Utama Banci Malaysia 2020 di Management & Science University (MSU) di sini pada Isnin.

 

Menurutnya, perkara ini amat diperlukan supaya kerajaan dapat menggubal polisi bersasar dan pengagihan kesejahteraan kepada rakyat secara saksama.

 

“Usaha itu juga menyokong rancangan pembangunan lima tahun ke arah merealisasikan matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 iaitu Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) telah digariskan sebelum ini.”

 

Katanya lagi, melalui rancangan itu, kerajaan dapat menggubal dan melaksanakan dasar fiskal bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan serta menguruskan pengagihan sumber kewangan dengan cekap dan berkesan.

 

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Perangkawan Malaysia merangkap Pesuruhjaya Banci Penduduk dan Perumahan 2020, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia