Baju Raya Ceriakan 60 Kanak-kanak Chow Kit

KUALA LUMPUR –  Yayasan Ikram Malaysia bersama unit di bawahnya, StreetNgaji telah menyantuni 60 orang kanak-kanak untuk menerima tajaan baju raya bernilai RM6,000 di Muaz Wholesale Emporium, Jalan Tuanku Abdul Rahman pada Selasa.

Penerima tajaan baju raya melalui kempen Rayuan Ramadan ini adalah anak-anak yang tinggal di sekitar Chow Kit yang ditemani oleh ibu bapa mereka.

Pada hari sebelumnya, Yayasan Ikram Malaysia telah mengagihkan bekalan kurma di Penjara Kajang, Penjara Wanita Kajang dan Penjara Sungai Buloh.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak yayasan juga mengadakan majlis serahan sumbangan program Rayuan Ramadan pada Rabu di Pusat Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Kuala Lumpur yang dihadiri oleh delegasi Kedutaan China di Malaysia.

Duta Republik Rakyat China ke Malaysia, Ouyang Yuijing yang mengetuai delegasi turut menyerahkan pek Rencah Raya kepada 100 penerima bantuan yang terdiri daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU), ibu tunggal dan keluarga asnaf.

Pek tersebut mengandungi biskut raya, tepung, ketupat segera, santan kotak dan pelbagai bahan masakan lain sebagai persediaan menghadapi Aidilfitri.

 “Kedutaan China di Malaysia selalu mendukung semangat solidariti dan saling membantu bagi menolong golongan yang memerlukan,” kata Ouyang Yuijing.

Beliau menerangkan, Kedutaan China telah bekerjasama dengan jabatan agama dan masyarakat sivil Malaysia untuk menjalankan pelbagai aktiviti amal bagi merealisasikan tujuan ini.

Ini adalah tahun keempat Kedutaan China di Malaysia menaja kempen Rayuan Ramadan anjuran Yayasan Ikram Malaysia. 

Pada tahun ini, mereka memberikan sumbangan sebanyak RM32,000 bagi lima projek yang dijalankan iaitu projek tajaan kurma dan iftar penjara, tajaan pek Ramadan, tajaan iftar dan sahur, tajaan biskut dan rencah raya serta tajaan baju raya.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Ikram Malaysia, Hj Ainullotfi Abdul Latif menzahirkan terima kasih dan penghargaan kepada pihak kedutaan atas segala sokongan dan sumbangan yang diberikan.

Beliau berharap kerjasama dan kolaborasi sebegini akan berterusan demi manfaat rakyat Malaysia yang memerlukan.  

“Akaun kewangan Yayasan Ikram Malaysia akan terus diaudit setiap tahun oleh Juruaudit Luar yang bertauliah bagi memastikan setiap sen yang disumbangkan oleh masyarakat dipertanggungjawabkan dengan jelas dan telus,” ujar beliau.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan Surat Ikatan Amanah (Trust Deed atau Perlembagaan) Yayasan Ikram Malaysia menyatakan bahawa pihak Lembaga Pemegang Amanah tidak boleh menerima sebarang bayaran daripada dana yang dikumpulkan oleh Yayasan.

Dalam pada itu, pihak Yayasan Ikram Malaysia turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menjayakan kempen Rayuan Ramadan yang akan berakhir pada Mei ini.

Atas dasar keprihatinan dan tanggungjawab, saban tahun ratusan sukarelawan Yayasan Ikram Malaysia akan menjalankan kempen demi kempen demi mengupayakan kumpulan sasar. 

Orang ramai boleh melayari laman Yayasan Ikram Malaysia untuk mengenal dan mengetahui aktiviti terkini di pautan www.yayasanikram.org.my.

Di samping itu, anda juga boleh menjadi sebahagian daripada penyumbang kempen yang dijalankan dengan mengetik laman berikut. Mungkin kita juga adalah sebahagian daripada kisah bahagia mereka.

https://app.herepay.org/yayasanikrammalaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia