Bajet Negara 2014 Bajet Bertanggungjawab – IKRAM

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengharapkan bahawa Bajet 2014 yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Parlimen nanti adalah merupakan Bajet yang mencerminkan sikap bertanggungjawab terhadap masa depan ekonomi negara.

Sudah tentu sebahagian besar rakyat ingin melihat Bajet kali ini adalah bajet yang `Mesra Rakyat’,  kerana Rakyat baru saja dikejutkan dengan kenaikan minyak kereta sebanyak 0.20 sen seliter yang telah berkuatkuasa pada 3 September 2013 baru-baru ini.

Di samping itu,  rakyat juga sedang menghadapi suasana kehidupan yang perit akibat dari  kos sara hidup yang sentiasa meningkat.

Namun IKRAM juga sedar bahawa keadaan kewangan kerajaan semakin tenat.  Hutang Kerajaan Pusat sudah melebihi RM 550 billion akibat dari belanjawan yang sentiasa defisit selama 18 tahun berturut-turut.

IKRAM berpandangan terdapat dua faktor utama kenapa keadaan di atas berlaku iaitu:

1.      Sistem riba yang diamalkan di negara ini, yang menghasilkan keadaan inflasi dan fenomena hutang yang semakin meningkat di kalangan rakyat dan juga kerajaan.

2.    Perbelanjaan kerajaan yang tidak berhemah serta berlakunya pembaziran, ketirisan dan  rasuah yang menyebabkan pendapatan kerajaan tidak mampu menampung perbelanjaannya.

IKRAM menyarankan agar kerajaan memberikan perhatian kepada perkara-perkara berikut di dalam penggubalan belanjawannya:

1.        Mengambil langkah-langkah kearah penghapusan amalan riba dalam sistem kewangan negara,  memperkasakan pengamalan sistem kewangan Islam.

2.        Memberhentikan amalan kerajaan berhutang dari institusi dan sumber yang beramal dengan amalan riba.

3.        Menggalakkan rakyat mengelak dari terlibat dengan amalan suka berhutang terutama sekali dari sumber riba.

4.        Mengambil langkah tegas menghapuskan amalan rasuah dalam Negara bermula dari kalangan pemimpin dan kakitangan kerajaan.

5.        Menghapuskan amalan pembaziran dalam perbelanjaan kerajaan dan memulakan langkah penjimatan dalam semua aspek perbelanjaan kerajaan.

6.        Mengambil tindakan menghapuskan aspek ketirisan dalam sistem perbelanjaan kerajaan.

7.        Meningkatkan lagi aspek ketelusan dalam sistem kewangan kerajaan.

8.        Memastikan bahawa segala keputusan penjimatan dalam perbelanjaan kerajaan tidak akan menjejaskan kebajikan rakyat terutama sekali dari kalangan rakyat berpendapatan rendah.

9.        Memastikan subsidi untuk rakyat yang berpendapatan rendah dikekalkan, pengagihannya secara baik akan banyak membantu penyampaiannya kepada pihak-pihak yang berhak, golongan sasaran sahaja, tidak melimpah kepada golongan yang tidak berhak.

10.    Memastikan bahawa langkah penambahan cukai merupakan langkah yang terakhir bagi mengatasi perbendaharaan yang semakin menyusut, berhadapan dengan keperluan yang benar-benar wujud,  sesudah langkah-langkah penjimatan dan perbelanjaan berhemah.  Ia hanya akan dipungut dari golongan kaya, dari lebihan perbelanjaan setahun kehidupan mereka sekeluarga, serta dilaksanakan sewaktu ia diperlukan sahaja, kalau tidak ia akan menambahkan lagi keperitan hidup yang sedang dialami oleh rakyat.

Di samping itu Kerajaan perlu:

1.        Memberi perhatian penuh kepada Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini yang jelas membuktikan bahawa terdapat banyak masalah dalam cara kerajaan mengurus sistem kewangan.

2.        Mengambil iktibar daripada terhadap krisis kewangan yang melanda Amerika Syarikat, Greece dan Sepanyol dan seharusnya mengambil langkah yang bijak untuk mengelakkan perkara yang sama tidak berulang di Malaysia.  Tindakan yang akan diambil memberi kesan yang mungkin perit pada jangka pendek namun jika ia membawa kebaikan kepada kesejahteraan ekonomi negara pada jangka panjang.

3.        Menjadikan keutuhan kedudukan kewangan Negara jangka panjang sebagai asas utama dalam menggubal belanjawan dan bukannya populariti politik jangka pendek semata-mata.



Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Hj. Ahmad

Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia