Bajet Mini 2023: Keutamaan Ringankan Beban Rakyat

Bajet Mini 2023: Keutamaan Ringankan Beban Rakyat | IKRAM

Dewan Rakyat sebulat suara telah meluluskan Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada Selasa.

Beliau yang juga Menteri Kewangan membentangkan peruntukan khas untuk perbelanjaan perkhidmatan berjumlah RM107.7 bilion merangkumi pembayaran gaji penjawat awam, utiliti dan biasiswa, termasuklah bantuan kebajikan serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan.

Bajet Mini 2023 akan mula berkuat kuasa pada 1 Januari depan hingga Bajet 2023 dibentang dan lulus di Parlimen. Antara intipati Bajet Mini 2023 ialah:

1. Bayaran fasa pertama Bayaran Tunai Rakyat RM300 (isi rumah) dan RM100 (bujang) dipercepatkan dari bulan Mac ke Januari 2023.

2. Bantuan awal persekolahan RM150 kepada semua murid tanpa ambil kira had pendapatan ibu bapa pada Januari 2023.

3. Bantuan Khas Kewangan RM700 bagi anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah dan RM350 kepada pesara diteruskan pada Januari 2023.

4. Tambahan khas RM100 dalam Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) diteruskan.

5. Bayaran tambahan RM200 Bantuan Musim Tengkujuh kepada pekebun kecil pada Januari ini.

6. Menyediakan 50,000 peluang pekerjaan.

Selain itu, kerajaan berusaha mengawal kenaikan harga barang serta mengekalkan tarif elektrik yang menelan belanja subsidi berbilion ringgit, di samping mengumumkan bantuan RM60 juta untuk pesawah padi melalui Bernas.

Inisiatif-inisiatif yang dibentangkan dalam Bajet Mini 2023 menggambarkan keutamaan Kerajaan Perpaduan bagi meringankan beban rakyat pasca-Covid-19, menghadapi musim banjir dan jangkaan ketidaktentuan ekonomi pada 2023.

Namun demikian, Bajet Mini 2023 perlu dilihat disebalik angka-angka yang diluluskan. Yang lebih penting ialah bagaimana Bajet Mini 2023 dapat dilaksanakan dengan efisien, berkesan dan memberi nilai untuk wang yang sebaiknya. 

Prioriti sepatutnya diberikan kepada pencapaian hasil (outcome) dan impak yang terbaik untuk masyarakat dan negara dari permulaan pelaksanaan inisiatif, sepanjang pelaksanaan hingga ke akhirnya. Ini bermakna di peringkat perancangan setiap inisiatif terutama inisiatif utama, sudah ada hasil yang jelas yang perlu diukur sebelum perbelanjaan bermula. 

Di samping itu, program yang dijalankan perlu direka bentuk untuk mencapai hasil yang telah dirancangkan.

Oleh yang demikian, kaedah uji kaji saintifik boleh dimanfaatkan untuk menambah baik pencapaian hasil. Satu contoh yang boleh diambil ialah kewujudan Experimental Finland dalam perkhidmatan awam negara Finland. 

Fokus kerajaan untuk menangani kos sara hidup rakyat menjadi panduan jelas kepada inisiatif-inisiatif yang dibentangkan dalam Bajet Mini dan juga Bajet 2023 yang akan datang.

Kita amat mengharapkan usaha-usaha Kerajaan Perpaduan meringankan beban rakyat ini dapat diteruskan dalam pembentangan Bajet 2023 kelak dan dapat dirasai manfaatnya oleh semua tanpa mengira bangsa dan agama.

Hj Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia