Bajet 2018: Negara perlu penyelesaian jangka panjang

Seperti yang disangkakan oleh ramai pihak, terdapat banyak elemen yang berbentuk populis seperti bonus kepada kakitangan awam, pemotongan cukai pendapatan sebanyak 2 peratus kepada golongan berpendapatan antara RM20,000 dan RM70,000 setahun, bantuan kepada sektor pertanian yang menguntungkan petani, nelayan dan lain-lain, dan kelonggaran kepada peminjam daripada PTPTN.

Semua yang mendapat bantuan di atas adalah merupakan kumpulan pengundi yang agak ramai yang bakal menentukan keputusan PRU ke-14 akan datang.

Namun ada juga aspek lain yang walaupun juga seperti yang disangkakan, namun pada yang sama agak mengecewakan. Ini adalah berkaitan defisit perbelanjaan iaitu sebanyak 2.8% berbanding GDP dengan jumlah RM39.8 bilion.

Walaupun defisit ini lebih kecil berbanding tahun lepas, namun ia juga bermakna kerajaan sudah 20 tahun berturut-turut berbelanja lebih daripada pendapatan dan ini bermakna hutang terkumpul kerajaan akan meningkat lagi melebihi RM700 billion.

Hutang kerajaan di atas tidak mengambil kira tanggungan kontingensi seperti jaminan kerajaan kepada hutang badan-badan milik kerajaan seperti syarikat ECRL, 1MDB, MRT, FELDA dan lain-lain. Jika dikira semua di atas, jumlah liabiliti kerajaan agak besar kerana ECRL sahaja berhutang dengan EXIM Bank China sebanyak RM55 billion.

Bayaran hutang kerajaan termasuk bunga (debt servicing) adalah dijangka berjumlah RM30.8 billion untuk tahun 2018. Itu adalah jumlah yang agak besar juga. Yang lebih menyedihkan, sebahagian besar adalah dalam bentuk tidak patuh syariah.

Ini juga bermakna sebahagian besar dari kutipan dari poket rakyat seperti dari GST, cukai pendapatan dan lain-lain akan digunakan semata-mata untuk memberi keuntungan kepada sektor perbankan dan kewangan yang memberi hutang kepada pihak kerajaan. Sebenarnya masyarakat Islam bertanggungjawab menyuarakan ketidaksetujuan mereka kepada perkara ini.

Mungkin pada tahun akan datang peratus hutang patuh syariah akan bertambah. Namun hutang adalah tetap hutang dan beban ke atas rakyat untuk membantu kerajaan membayarnya nanti adalah sama sahaja dari aspek keperitannya.

Kerajaan harus sedar bahawa strategi berhutang baik secara langsung mahupun melalui perbadanan miliknya adalah satu satu strategi yang bukan diajar oleh Rasulullah SAW. Ianya diajar oleh pakar ekonomi barat yang dididik dengan sikap bahawa sistem Riba bukan sesuatu yang keji dan amalan berhutang adalah perkara yang normal.

Sebab itulah kerajaan mengambil enteng keadaan hutang terkumpulnya yang akan mencecah RM1 trilion dalam beberapa tahun lagi sedangkan ulama-ulama Islam sudah lama menyatakan bahawa hutang perlu selesaikan sepenuhnya secepat mungkin, tanpa mengira sama ada ianya hutang peribadi atau hutang syarikat atau kerajaan.

Sudah sampai masa bagi pemimpin negara menyedari bahawa strategi di atas akhirnya akan menyusahkan rakyat dalam jangka panjang seperti yang telah terbukti di negara lain yang beramal dengan strategi yang sama.

Sebagai contoh, kerajaan negara Jepun sekarang dalam keadaan tenat dengan hutang sebanyak hampir 240% berbanding KDNK sehinggakan ramai ahli ekonomi menyatakan bahawa cukai GST nya (dipanggil consumption tax di Jepun) perlu dinaikkan ke tahap 15 peratus untuk kerajaan Jepun mampu menjelaskan semua hutangnya di masa hadapan.

Sementara itu, jumlah hutang kerajaan Jepun sentiasa meningkat dengan cepat. Keadaan yang sama juga berlaku di Amerika Syarikat di mana hutangnya sudah mencecah USD20 trillion.

Adakah kita mahu keadaan hutang kita dalam nasib yang sama sebelum menyedari bahawa strategi kerajaan berbelanja lebih daripada kemampuan ini adalah sebenarnya satu kesilapan besar dalam jangka panjang?

Akhir sekali, rakyat Malaysia juga harus dididik supaya menyedari bahawa sistem ekonomi yang berdasarkan kepada industri hutang adalah sistem yang salah yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Sistem di mana sektor perbankan mencipta wang setiap kali hutang dikeluarkan kepada pelanggan sama ada dari sektor kerajaan, swasta atau isi-rumah akan menyebabkan nilai matawang semakin jatuh sekaligus menyebabkan harga rumah melambung dan kos sara hidup sentiasa meningkat. Di samping itu, masalah ekonomi negara termasuk masalah pengangguran anak muda dan graduan akan terus bertambah teruk.

Sudah sampai masa kerajaan dan rakyat Malaysia berusaha melaksanakan sistem ekonomi yang benar-benar menepati ajaran Islam yang syumul dan sempurna demi kesejahteraan generasi akan datang di dunia dan akhirat.

Tetapi prasyarat kepada wujudnya sistem itu adalah wujudnya nilai Islam yang kuat dalam sanubari setiap ahli masyarakat serta pandangan hidup (worldview) yang betul-betul berdasarkan ajaran Islam yang sebenar.

Prof Mohd Nazari Ismail, PhD.
Ketua Biro Penyelidikan IKRAM

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia