Bahaya ‘Red Flag’ Sadisme & Langkah Rawatan

Bahaya 'Red Flag' Sadisme & Langkah Rawatan | IKRAM

Istilah ‘red flag’ kebelakangan ini dilihat kerap muncul dan tular di media sosial khususnya Twitter, Instagram dan Tiktok. Hal ini kemudian membuat ramai orang bertanya-tanya tentang maksud dari kata ‘red flag’ ini tanpa mengetahui bahayanya.

Secara harfiah, kata Red Flag ini berasal dari bahasa Inggeris yang bermaksud bendera merah. Sementara definisi dari Collins Dictionary, bermaksud ia menunjukkan keadaan atau situasi berbahaya atau tanda bahawa sesuatu seharusnya dihentikan.

“Maaf Dr saya nak tanya pandangan tentang situasi anak-anak sekarang. Kadang bila anak-anak di sekolah, di IPT, bekerja, berkeluarga, mereka jauh dari kawalan dan perlindungan kita. Jadi macam mana pun anak-anak akan tetap kena pergi dan berjauhan dengan kita. Mereka akan terdedah dengan situasi luar jangka, jenayah dan marabahaya. Jadi macam mana kita nak bekalkan anak-anak atau menenangkan ibu-bapa supaya tidak terlalu risau bab ini. ‘Take your time’ untuk respon. Terima kasih banyak Dr…”

Ada Ibu prihatin lagi penyayang memberi mesej kepada saya. Memang agak lama saya meneliti mesej tersebut sambil hati serta fikiran berbaur cemas. Masakan tidak, mutaakhir ini, situasi sosial semakin mengancam. Dalam pada kita menginjak masa pada zaman siber-millinea. Lebih berat tuntutan yang yang dibawa bersama. Seluruhnya memerlukan bukan sahaja jiwa individu sebagai nukleus kehidupan itu kuat, malah kelompok, keluarga, institusi sosial dan masyarakat secara keseluruhannya menanggung peranan serta tanggungjawab besar!

Jenayah pembunuhan ngeri, buli, tindak balas agresif juga langsang makin menjadi-jadi. Mungkin kita perlu salahkan teknologi bilamana peristiwa sebegini mudah tersebar dek kuasa viral. Tetapi tidak! Ia memang sedang berlaku!sebagai ibu-bapa, kerisauan ini berasas!

Saya cemas mencari terma sesuai bagi mengungkap dan mengupas isu sebegini. Adakah ia situasi bilazim? Agresif? Ganas? Gila? Terrorisme? Atau bagaimana? Bertitik tolak dari asas kehidupan atau alami kehidupan. Ada kebaikan ada keburukan, ada kehidupan ada kematian! Teringatkah kita tentang peristiwa pembunuhan pertama dalam sejarah manusia? Habil dan Qabil. Maka peristiwa ini secara ontologi dan praktis tetaplah menjadi ibrah dalam menjalani sosiologi kehidupan manusiawi!bermakna, ia telah berlaku, sedang berlaku dan akan tetap berlaku dalam pola yang telah kedapatan pada kehidupan yang lalu.

Saya memilih untuk membincangkan aspek sadisme. Kerana pada hebat saya, manusia sebagai insan pastinya ada kebaikan dan keburukan. Pada kadar normal, ia adalah fitrah. Namun jika ia berlebihan, tidak pada kadar sepatutnya, ia boleh berubah menjadi bilazim, tidak normal dan pastinya merbahaya jika mencapai tahap lebih tinggi! Sadisme adalah tahapan atau ukuran kejahatan pada tahap tinggi dan inilah yang sedang dihadapi dalam masyarakat kita. Jika dilihat pada teori kitaran tamadun, kita mungkinlah berada pada kemuncak ketamadunan di mana segenap inci aktiviti sosiologi berada pada tahap puncak! Wallahu a’lam!jika ini adalah putaran atau kitaran, pastilah kita perlu percaya kepada konsep taubat!Bermula dahulu dengan mengambil iktibar dan memberi fokus kepada usaha mencapai kesejahteraan.

 11 Red flag sadisme

Dalam konteks perbincangan, maksud red flag Sadisme terletak pada terdapat tingkah laku atau hubungan yang tidak sihat dan kehidupan intra personal, dan interpersonal. Menurut Kamus Bahasa Melayu. sadisme. [sa.dis.me] | ساديسمى bermaksud : perlakuan memuaskan nafsu dengan menyakiti (menyeksa) orang lain. (Kamus Dewan).

Bicara soal psikopat mahupun perilaku sadisme memang menyeramkan. Kerana, percaya atau tidak, mereka yang memiliki keperibadian psikopat atau sadisme memang ada di kehidupan nyata, atau mungkin di sekitar kita. Sebenarnya, apakah perbezaan dari kedua gangguan keperibadian tersebut? Selanjutnya, manakah yang lebih berbahaya?

Psikopat atau yang secara saintifik dikenali dengan keperibadian anti-sosial kepada orang lain. Psikopat dikelompokkan ke dalam gangguan keperibadian yang perilaku emosional yang boleh mengganggu hubungan dengan orang lain ; interpersonal. Penderita gangguan ini juga cenderung tidak memiliki rasa bersalah dan takut untuk melakukan tindakan kriminal. Menurut kajian Ikhsan (2022), individu psikopat boleh sahaja membunuh orang lain tanpa sebab, tanpa rasa empati, tidak muncul rasa puas ketika menyakiti orang lain, dan tidak memiliki rasa bersalah saat menyakiti orang lain. Menurut kajian lagi,  untuk menentukan seseorang memiliki  keperibadian psikopat atau tidak, perlu dilakukan ujian yang salah satunya ialah The Hare Psychopathy Checklist. Diagnosis dalam ujian ini dilakukan berdasarkan kepada diagnostic and statistical manual of mental disorder. Ujian ini akan dapat menentukan keadaan mental seseorang yang melakukan tindakan kriminal dan kecenderungan psikopat. Berikut 11 red flag sadisme dan psikopat yang boleh kita kenali pada diri sendiri, orang lain dan kita boleh membuat tindakan berwajar untuk mengelak dan merawat.

  1. Sering berkata bohong.
  2. Senang menjadi pusat perhatian banyak orang. 
  3. Bersikap dan berkata kasar.
  4. Tidak punya empati dengan orang lain.
  5. Bersikap egois dan ingin menang sendiri tapi mempedulikan orang lain.
  6. Tidak punya rasa malu.
  7. Tidak punya rasa bersalah. 
  8. Sering menyalahkan orang lain atas kesalahan yang dilakukan. 
  9. Berhati dingin.
  10. Punya emosi yang sangat tidak stabil. 
  11. Pintar memanipulasi orang sekitar.

Rawatan kecemasan sadisme demi kelangsungan manusiawi.

The cure for pain is in the pain” – Rumi

Dalam kehidupan nyata, seorang psikopat cenderung memanipulasi mangsanya. Jadi mereka bertindak sangat ramah terlebih dahulu sampai nantinya para korban jadi jatuh hati. Setelah itu, barulah mereka ‘beraksi.’ Justeru 11 red flag sadisme perlulah diperhati dan diberi perhatian. Menjauh dan menghindar adalah lebih baik dari tersakiti atau menjadi mangsa kriminologi! Antara tindakan dan langkah rawatan kecemasan bagi mengatasi masalah ini ialah;

  1. Memfokuskan menganalisis tingkah laku yang khusus (masalah) yang dialami.
  2. Menganalisis situasi bermasalah yang dihadapi.
  3. Analisis motivasional.
  4. Analisis self control oleh kaunselor akan membantu menganalisis tingkah laku yang boleh nampak sehingga boleh  mengarah kepada menyelesaikan masalah.
  5. Analisis hubungan sosial, dalam tahap ini kaunselor mengamati tingkah laku perhubungan dan berkomunikasi dengan orang di sekitarnya.
  6.  Menganalisis lingkungan sosial budaya.

Islam adalah agama  rahmatan lil alamin. Prinsip-prinsip yang diajarkan dalam agama Islam sangatlah mudah sehingga individu yang tidak menganut Islam pun menerimanya dengan baik. Selain itu agama Islam merupakan agama yang sangat indah di mana hamba yang melakukan kebaikan akan mendapatkan ganjaran yang berlimpah dari sang Pencipta.

 “dan tidaklah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.”

Islam mengajarkan manusia untuk saling memanusiakan sesama iaitu saling menghormati, menyayangi dan tidaklah sulit untuk dijalankan. Islam sangat menentang terhadap individu yang memiliki sifat pemarah atau agresif. Rasulullah juga memerintahkan kepada umatnya untuk senantiasa bertutur kata dengan baik, sopan, serta tidak saling menyakiti. Seperti dalam Alquran surat Al-Hujurat ayat 11:

“Hai orang-orang beriman, janganlah sekumpulan kamu merendahkan kumpulan orang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari kamu.  Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan janganlah memanggil gelaran yang mengundang ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”

Berkomunikasi dan berhubungan baik itu memang sangatlah bagus bahkan Rasulullah SAW sangat menyukai orang yang saling bersilaturahmi, namun dilarang suatu perkumpulan untuk saling membicarakan (yang buruk). Sama halnya dengan melakukan tindakan mencaci, marah-marah dan mengadu domba, itu semua adalah sifat yang tercela. Setiap individu sejatinya memiliki fitrah alami di mana ia boleh menjadi keperibadian introvert atau ekstrovert, tetapi itu adalah ciri khas dari setiap individu yang membuatkan manusia itu sebagai insan unik.

Islam memang tidak pernah melarang seseorang untuk membuat sebarang tindakan namun dilarang untuk berlebih-lebihan dan dianjurkan supaya bersederhana (ummatan wasatan). Sedangkan kecerdasan emosional merupakan kemampuan menghadapi dan menyesuaikan diri di lingkungan baru secara tepat dan efektif, Allah Swt memerintahkan umat-Nya untuk menguasai emosi-emosi, mampu mengendalikan dan mengawalnya agar tidak terjadi malapetaka. Allah menganjurkan penggunaan akal seseorang supaya terhindar dari kebodohan sehingga dirinya dapat melakukan kebaikan. Jadi, kecerdasan emosional seseorang dapat dilihat baik buruknya iaitu ketika seseorang tersebut menggunakan akalnya dengan sebaik mungkin. 

Islam memerintahkan manusia agar menahan amarah dan bersabar. Adapun ada empat cara universal yang boleh diterapkan untuk menghindar amarah, iaitu:

  1. Diam ketika marah. 
  2. Berganti Posisi. 
  3. Mengambil Air Wudhu’.
  4. Ingat Wasiat Nabi SAW dalam menahan amarah.

Relevansinya dengan agresif/ psikopat/ sadisme adalah, individu harus mampu mengawal emosi sehingga tidak terjadi hal yang tidak diingini. Hal yang harus dilakukan ialah memperbanyak bergaul dengan teman yang memiliki jiwa sosial dengan baik, menanam rasa sabar sejak kecil sehingga tidak mudah terpengaruh oleh emosi sesaat. Memilih teman di sini sangat perlu kerana Rasulullah SAW juga pernah memerintahkan untuk berteman dengan orang yang boleh mengajak untuk kebaikan.

“Let’s All Make The World A Safe Place” teaches our future generations the right way to care for and to treat each other with respect (Amazon UK)

 

SELOKA SIFAT TERPUJI

Sifat mahmudah sifat terpuji,

Mari amalkan setiap hari;

Jiwa tenteram tenang di hati,

Dikasihi manusia, dicintai Ilahi.

Sifat SYUKUR menguji peribadi,

Dengan rezeki kurniaan Ilahi;

Usah lalai terlupa diri,

Banyakkan sedekah, sentiasa memberi.

SABAR itu sukar sekali,

Bila musibah datang menguji;

Kukuhkan iman di dalam hati,

Nikmat di akhirat sedia menanti.

REDHA sifat insan rabbani,

Tidak terasa berat diuji;

Walau musibah melanda diri,

Tetap tersenyum, tenang di hati.

IKHLAS itu jiwa yang murni,

Di lubuk hati ia bersembunyi ;

Tidak terkesan keji dan puji,

Setiap amalan demi Ilahi.

Mari berusaha teguhkan peribadi,

Biarpun susah mendidik diri; 

Sucikan Hati, Sebarkan Budi,

Janji ALLAH, Di Syurga Menanti.

MOSTI

24 SEPTEMBER 2020 M / 6 SAFAR 1442 H

 

Dr. Rosfazila Abd Rahman

Pensyarah kanan / Penyelidik/ Ketua Pasca Siswazah

Jabatan Pengajian Ketamadunan & Pembangunan Insan, Fakulti Sains Sosial (FSS)

Universiti Islam Selangor (UIS)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia