Bahaya Rasuah: Jangan Berhenti Islahkan Masyarakat

Bahaya Rasuah: Jangan Berhenti Islahkan Masyarakat | IKRAM

SHAH ALAM – Untuk menangani jenayah rasuah, semua pihak tidak boleh berhenti daripada mengislahkan masyarakat, kata Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Hj Badlishah Sham Baharin.

Ini kerana menurutnya, akhirnya sistem sebaik mana pun digubal untuk membendungnya, yang akan melaksanakannya ialah manusia.

“Manusia ini memang mudah tergoda, terdorong, tertipu dan sebagainya. Jadi, manusia itu yang penting, kita kena bina manusia,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel Wacana Sinar sempena sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2023 di Kompleks Kumpulan Karagkraf, pada Rabu di sini.

Hj Badlishah memetik mafhum hadis bahawa Rasulullah SAW diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Tambahnya, dalam al-Quran juga banyak menyentuh tentang akhlak, budi pekerti, yang boleh dikaitkan juga dengan jati diri.

“Bila akhlak yang baik itu ada worldview yang baik, ada pemikiran yang baik, ada tindakan yang baik, tapi ia bermula pada akhlak dan akhlak itu datang pada hati,” jelasnya.

Beliau turut memetik mafhum hadis bahawa jika hati itu baik, maka semuanya akan baik dan jika hati itu buruk, semuanya akan jadi buruk.

“Jadi, pendidikan hati itu penting. Ini yang disebut tadi tentang pendidikan nilai, menanamkan nilai kejujuran, integriti, bercakap benar.”

Tambah beliau, usaha-usaha ini adalah tanggungjawab semua, sama ada daripada pihak ibu bapa, sekolah, rakan-rakan atau masyarakat, bukan hanya tergantung kepada sesetengah pihak ataupun orang terdekat sahaja.

“Ia tanggungjawab bersama. Malah, ada pepatah Afrika yang mengatakan ia memerlukan sebuah kampung untuk membangunkan seorang anak.”

Hj Badlishah menganggap Rasuah Busters adalah satu gerakan reformasi moral yang mendidik nilai positif kepada masyarakat untuk menjauhi rasuah.

“Daripada rakyat untuk rakyat, menggerakkan semua supaya kita menanam nilai positif, menghalang bibit negatif daripada berakal umbi dalam masyarakat.”

Turut menjadi ahli panel Wacana Sinar ialah Puan Norhayati Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (Rasuah Busters).

Menurutnya, rasuah sudah menjadi satu hasil daripada kegagalan kita membentuk nilai dan dalam konteks menangani rasuah, beliau melihat pendidikan sebenarnya mempunyai makna yang luas.

“Pada saya sendiri, pendidikan itu tidak boleh dihadkan pendidikan yang formal. Kita ada pendidikan berbentuk informal dan non-formal,” kata beliau.

Tambahnya, beliau sedikit kebingungan tentang kewajaran menjadikan subjek rasuah sebahagian daripada silibus pendidikan, kerana ia masih berorientasikan peperiksaan.

“Jadi, ini satu perkara yang kita semua kena lihat. Dalam keadaan tersebutlah tugas Rasuah Busters menjadi lebih sukar.”

“Kerana kalau kata ia berjaya menjadi sebagai sebahagian silibus, bagaimana silibus itu mesti bukan silius yang tidak masuk ke hati,” jelas beliau.

Norhayati memberi contoh Bahasa Arab, apabila habis peperiksaan, pelajar sudah lupa subjek itu, sedangkan tujuannya adalah untuk tanamkan dan kekal di dalam hati.

“Sebenarnya, kita kena berhati-hati betul tentang bagaimana nak mensilibuskan, terutama subjek yang sebenarnya lahir daripada fitrah, kebersihan adalah fitrah, bercakap benar adalah fitrah, kejujuran adalah fitrah,” ujarnya.

Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2023 pada 13-14 Disember lalu dianjurkan Rasuah Busters dan Sinar Harian bertujuan menyediakan pelbagai pameran dan aktiviti khas bagi menyampaikan mesej antirasuah serta membentuk kesedaran dalam kalangan masyarakat.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia