Badan-Badan Mahasiswa Malaysia Menyokong “Kempen Solidariti Mahasiswa” Bersempena Hari Mahasiswa Sedunia

Tarikh 17 November setiap tahun telah disambut sebagai Hari Mahasiswa Sedunia semenjak Tahun 1941. Tarikh ini pada asalnya dipilih khusus untuk memperingati peristiwa serbuan rejim Nazi German terhadap University of Prague pada 17 November 1939. Rejim Nazi ini telah menafikan kebebasan akademik mahasiswa dengan menutup universiti-universiti dan kolej-kolej di negara Czech, malah bertindak melampau batas dengan membunuh sebilangan pelajar dan menghantar lebih kurang 1200 orang pelajar lagi ke kem-kem tahanan.

Ironinya, kisah penindasan dan kekejaman terhadap golongan mahasiswa terus berleluasa serta mewarnai sejarah dunia sehingga ke hari ini. Terbaru di Mesir, sekurang-kurangnya 638 orang mahasiswa telah dibuang universiti, 209 orang dibunuh, 2000 orang cedera dan 2188 orang lagi telah dipenjarakan semenjak penggulingan Presiden Mesir yang telah dilantik secara sah iaitu Presiden Dr Mohammed Morsi pada bulan Julai tahun 2013.

Dalam masa yang sama, dakwaan yang dikenakan terhadap lapan (8) orang mahasiswa daripada Universiti Malaya (UM) rentetan pengajuran program yang menjemput Tokoh Politik Pembangkang pada 27 Oktober 2014 telah sedikit sebanyak menimbulkan persoalan terhadap kebebasan hak akademik di Malaysia.

Menyedari akan kepentingan menjamin hak kebebasan mahasiswa dalam menyuarakan pendapat mereka, kami IKRAM Siswa, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gerakan Demokratik Belia dan Remaja Malaysia (DEMA), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) mewakili badan-badan mahasiswa di seluruh Malaysia dengan ini bersama-sama bersatu hati menyatakan sokongan padu terhadap “Kempen Solidariti Mahasiswa Sedunia sempena Hari Mahasiswa Sedunia” dengan tema “Selamatkan Kebebasan Akademik”.

Objektif utama kempen ini adalah untuk memberi kesedaran kepada seluruh masyarakat khususnya mahasiswa tentang penindasan yang berlaku terhadap rakan-rakan mahasiswa di dalam dan luar negara.

Kempen ini digerakkan melalui media sosial bermula 15 November 2014 sehingga 20 November 2014 dengan penubuhan laman Facebook “Kempen Solidariti Mahasiswa Sedunia sempena Hari Mahasiswa Sedunia”. Laman Facebook ini dimanfaatkan untuk penyaluran maklumat-maklumat kempen dalam bentuk poster dan sebagainya. Sehingga kini, Laman Facebook Kempen tersebut telah pun mendapat lebih daripada 1000 jumlah likes dalam masa dua hari. Dalam masa yang sama, kami turut menerima ratusan gambar-gambar sokongan terhadap kempen ini daripada mahasiswa-mahasiswa Malaysia yang sedang menuntut di seluruh dunia.

Kemuncak kepada Kempen ini ialah penganjuran Forum bertajuk “Kebebasan Akademik & Masa Depan Mahasiswa” pada 17 November 2014 bertempat di Kompleks Pendidikan Islam Bangi. Forum ini akan dikendalikan oleh saudara Muhammad Fikri bin Ahmad selaku Ahli Parlimen Belia Malaysia bersama-sama dengan empat (4) orang panelis iaitu saudara Marwan bin Abdullah, Presiden IKRAM Siswa, saudara Mohammad Fazril bin Mohd Saleh, Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), saudara Mohd Imran bin Md Ishak mewakili Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan saudara Fahmi bin Zainol, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM).

Forum yang mensasarkan kehadiran 300 orang mahasiswa ini juga akan menyaksikan kehadiran Dato’ Saifuddin bin Abdullah yang merupakan CEO Global Movement of Moderates (GMM) serta mantan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi selaku tetamu jemputan untuk menyampaikan ucaptama forum.

Justeru, kami menyeru segenap lapisan masyarakat Malaysia khususnya golongan mahasiswa untuk bersama-sama menyokong dan menjayakan kempen ini demi membina sebuah dunia yang lebih baik dan harmoni.

Selamatkan Kebebasan Akademik!

Disokong oleh:

1. IKRAM Siswa

2. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

3. Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)

4. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

5. Gerakan Demokratik Belia dan Remaja Malaysia (DEMA)

6. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)

7. Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM)


[English Version]

MEDIA STATEMENT
MALAYSIAN STUDENTS’ MOVEMENT SUPPORT “SOLIDARITY OF WORLD STUDENTS” CAMPAIGN IN CONJUNCTION WITH THE INTERNATIONAL STUDENTS’ DAY

17th November 2014, 24th Muharram 1436 Hijrah

Every year on 17th November has been known as the International Students’ Day since 1941. This date was originally selected specifically to commemorate the Nazi regime’s prosecution against University of Prague on 17th November 1939. Nazi regime has denied students’ academic freedom by closing universities and colleges in Czech, killing a number of students and approximately 1200 students have been sent to detention camps.

Ironically, the story of oppression against students continue to rampant in the world’s history until today. The latest is in Egypt where at least 638 students were expelled, 209 killed, 2000 injured and 2188 have been jailed since the overthrow of the President Dr Mohamed Morsi in July 2013.

Recently eight (8) students from University of Malaya (UM) have also been charged due to the incident of inviting the opposition figure for a speech on 27th of October 2014 has raised some questions on the academic freedom in Malaysia.

Realizing the importance to voice out the students’ opinion, we IKRAM Siswa, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gerakan Demokratik Belia dan Remaja Malaysia (DEMA), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) and Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) represents the students’ movement throughout Malaysia, expressing strong support for the “Solidarity of World Students Campaign In Conjunction With the International Students’ Day”, with the theme, “Save the Academic Freedom”.

The main objective of this campaign is to provide awareness throughout the community especially students about oppressions that occurred against our fellow students both in Malaysia and throughout the world.

This campaign is empowered by social media starting from 15th November to 20th November 2014 with the formation of the Facebook page “Kempen Solidariti Mahasiswa Sedunia sempena Hari Mahasiswa Sedunia”. This Facebook page channels information on the campaign through posters, writings, posts and etc. Until now, the Page had already got more than 1000 hits and raising. We also received hundreds of pictures supporting this campaign from students all around the world.

The highlight of this campaign is the organization of a forum entitled: “Academic Freedom & Students’ Future”, on 17th November 2014 at Kompleks Pendidikan Islam Bangi. This forum will be moderated by Muhammad Fikri bin Ahmad, a Malaysian Youth Parliament member, together with four other (4) panelists which are Marwan bin Abdullah, President of IKRAM Siswa, Mohammad Fazril bin Mohd Salleh, President of Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam (PKPIM), Mohd Imran bin Md Ishak of Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) and Fahmi bin Zainol, President of Persatuan Mahasiswa University of Malaya (PMUM).

The forum which targeted 300 attendees will also witness the presence of Dato’ Saifuddin bin Abdullah, who is the CEO of the Global Movement of Moderates (GMM) and the former Deputy Minister of Higher Education as our invited guest to deliver his keynote at the forum.

Thus, we urge all Malaysians, especially students to support this campaign in order to build a better world.

Save Academic’s Freedom!

Supported by:

1. IKRAM Siswa

2. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

3. Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)

4. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

5. Gerakan Demokratik Belia dan Remaja Malaysia (DEMA)

6. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)

7. Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia