Pelajar B40, mangsa banjir terima baucar bantuan persekolahan

SERI KEMBANGAN – Seramai 254 pelajar daripada keluarga B40 dan mangsa banjir di sekitar Kuantan telah menerima baucar bagi membeli keperluan persekolahan dalam program ‘Ziarah Prihatin: Back To School’ pada 5-6 Mac yang lalu.

 

Program bantuan ini ditaja oleh Aspire Institute, Yayasan Hasanah, Hidayah Centre Foundation (HCF) dan Yayasan IKRAM Malaysia dengan kerjasama IKRAM Pahang, IKRAM Muda Pahang, MNR Multitech Sdn Bhd, Pertubuhan Gabungan Bantuan Bencana NGO Malaysia (BBNGO), Rakan Hidayah dan Pusat Pakaian Hari-Hari.

 

Pada Sabtu, baucar bantuan persekolahan yang berjumlah RM150 telah diserahkan kepada 143 pelajar dari Kampung Bugis, Sungai Karang dan Beserah, serta 21 pelajar dari sekitar Perkampungan Sungai Isap.

 

Manakala pada Ahad pula, seramai 60 pelajar santunan saudara baru HCF Pahang dan 30 pelajar dari sekitar Kampung Sri Teruntum telah menerima baucar bantuan persekolahan.

 

Sesi penyerahan baucar telah diadakan mengikut sesi yang telah ditetapkan bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

Timbalan Yang Dipertua  IKRAM Pahang, Hj Abdul Karim Awang Kechik berkata, program ‘Ziarah Prihatin: Back To School’ bertujuan mengagihkan baucar bantuan persekolahan kepada 810 penerima yang mana sebahagian besarnya terdiri daripada pelajar keluarga B40 yang terkesan akibat banjir besar baru-baru ini. 

 

Menurutnya, program bantuan diadakan melalui dua sesi yang mana sesi pertama pada Sabtu dan Ahad lalu manakala sesi kedua pada 12 dan 13 Mac ini.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia