Self-Love: Cara Hargai Diri Sendiri dalam Mentaati Allah

Kebahagiaan merupakan impian setiap insan tanpa mengira latar belakang kehidupan. Salah satu faktor penting untuk mendapatkan kebahagiaan ialah dengan mencintai diri sendiri atau ‘self-love.’ Dalam Islam, seseorang yang mencintai diri sendiri perlu memastikan dia mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat serta perlu berusaha memilih perkara-perkara baik sahaja dalam kehidupannya. Mereka yang mencintai diri sendiri […]
Bersyukur kepada Allah dan Manifestasi dalam Amalan

Bersyukur merupakan satu bentuk ibadah yang diperintahkan secara jelas oleh Allah SWT melalui surah an-Nahl ayat 114. وَاشْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّـهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ “Bersyukurlah atas nikmat Allah SWT jika benar-benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata.” (An-Nahl: 114) Syukur alhamdulillah kerap dituturkan oleh ramai orang apabila memperoleh sesuatu nikmat. Namun hakikatnya ibadah syukur tidak memadai hanya […]
Jauhi Fitnah: Pelihara Ekosistem Kehidupan Muslim

Penciptaan alam dan makhluk disusun dengan sistem yang sangat teratur dan teliti. Ia membuktikan kekuasaan Allah SWT mentadbir alam dengan penuh kebijaksanaan dan kasih sayang. Semuanya bekerja bersama secara harmoni daripada makhluk sebesar zarah sehingga galaksi terbesar. Sel dalam badan manusia – ovum sebagai sel terbesar, manakala sperma pula merupakan sel terkecil – bekerjasama untuk […]
Bahaya Ghuluw: Wasatiyyah Kekang Sikap Melampau

Suatu pagi ketika menunaikan haji wada’, Rasulullah SAW meminta bantuan Ibnu Abbas untuk mengutip batu-batu sebagai persediaan melontar Jamrah Aqabah. Ketika itu baginda berada di atas kenderaan. Kemudian apabila Ibnu Abbas meletakkan batu-batu kecil di atas tapak tangan Rasulullah SAW, baginda pun bersabda yang bermaksud: “(Ya) sebesar ini! Jauhilah kamu ghuluw (melampau) dalam agama, kerana […]
Ibrah Kisah An-Nu’aiman: Larangan Mencela Pendosa

An-Nu’aiman ibnu Amr al-Ansary r.a. merupakan seorang sahabat Rasulullah SAW yang pada satu ketika sukar untuk meninggalkan ketagihan meminum arak. Kerap kali beliau melakukan kesalahan yang sama dan dihukum dengan kesalahan tersebut. Sikap an-Nu’aiman telah menimbulkan rasa marah dalam kalangan sahabat sehingga ada antara mereka yang mengeluarkan kata-kata kesat dengan mendoakan laknat Allah SWT kepadanya. […]
Teladan dan Tip Mengurus Masa Dengan Bijak

Pengurusan masa sangat ditekankan dalam Islam sehingga terdapat satu surah khusus Allah SWT bersumpah dengan masa iaitu Surah al-Asr. Selain itu dalam Surah al-Fajr, Allah SWT bersumpah dengan waktu subuh, manakala dalam Surah al-Lail, Allah SWT bersumpah dengan waktu malam. Bukan itu sahaja, malah Allah SWT mewajibkan hamba-Nya menunaikan solat fardu dalam waktu-waktu tertentu tanpa […]