Palestin: Iktiraf Bersyarat Hadiah Buat Rejim Zionis

Pengiktirafan negara Palestin oleh Perancis, UK dan Kanada yang diumumkan baru-baru ini bukanlah satu pengiktirafan sebenar. Sebaliknya ia adalah pengiktirafan yang dipenuhi dengan pelbagai prasyarat yang sarat dengan hipokrasi barat. Pengiktirafan yang disandarkan kepada syarat Hamas mesti bersetuju dengan gencatan senjata, meletakkan senjata dan tidak mengambil bahagian dalam kerajaan Palestin yang akan dibentuk adalah pengiktirafan […]
Konflik Palestin-Israel: Bilakah Perang Akan Berakhir?

Jawapan paling ringkas dan tepat, wallahua’lam. Hanya Allah sahaja yang tahu. Allah sudah pasti mempunyai rancangan-Nya yang tersendiri. Perang ini akan tamat pada saat yang paling tepat, dalam keadaan yang terbaik, dengan cara yang Dia kehendaki. Namun, manusia fitrahnya tergesa-gesa (Al-Anbiya’: 37). Lagipun, ramai sudah tidak tahan melihat pembunuhan yang berlaku hampir setiap jam di […]
Taufan al-Aqsa: Apa Nasib Gaza Selepas Ini?

Memasuki hari ke-50 operasi ketenteraan rejim Zionis ke atas Gaza, lima kesimpulan awal boleh dibuat berdasarkan perkembangan setakat ini. Jenayah penghapusan etnik PERTAMA, rejim Zionis kelihatan bersedia untuk melakukan jenayah penghapusan etnik sepertimana yang dilakukan oleh pengasas negara Israel pada tahun 1948. Jenayah yang selama ini hanya mampu dibayangkan melalui gambar-gambar lama, kisah-kisah yang dicatatkan […]
Kemenangan sebelum kemenangan

Alhamdulillah. Thumma alhamdulillah. Gencatan senjata telah dipersetujui di antara rejim Zionis dan kumpulan pejuang di Gaza dengan Mesir sebagai mediator. Gencatan senjata ini disahkan sendiri oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, sekutu kuat rejim Zionis dalam sidang media tergempar beliau tengah malam tadi (Jumaat).