Janji Nabi tentang keselamatan wanita


Keselamatan merupakan suatu aspek yang sangat penting dalam kehidupan kita. Dengan merasakan diri ini selamat, ketakutan akan hilang dan ketenangan akan datang. Apalah ertinya wang setinggi bukit tetapi sentiasa takut dan gelisah. Tiada erti keselamatan di dunia yang sementara ini, tetapi sakit dan menderita di akhirat nanti.
Hilang toleransi, hilang keamanan

Negara yang kita cintai ini, telah merdeka hampir 63 tahun lamanya. Negara yang kita sayang ini, kita ingin bina keamanan dalamnya. Nilai keamanan ini kita tidak mampu beli dengan wang dan harta, tapi mampu dibina dengan didikan pada setiap generasi dengan nilai toleransi.