Misi Kemanusiaan MyCARE Ke Nepal Bermula

SERI KEMBANGAN – Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) memulakan misi pertamanya semalam ke Nepal, Misi MyCARE ke Nepal 1 (MMN1) dengan menghantar dua anggotanya bagi membuat penilaian di tapak bencana gempa bumi serta menyediakan tapak asas bagi projek bantuan kemanusiaan.