Kenaikan Gaji Penjawat Awam Perlu Berimpak Positif

Pengumuman kenaikan gaji penjawat awam oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang akan berkuat kuasa 1 Disember ini merupakan langkah yang amat dialu-alukan. Ia menunjukkan kerajaan peka terhadap cabaran kos sara hidup yang semakin mencengkam dan komited untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, khususnya golongan penjawat awam yang menjadi tulang belakang perkhidmatan awam negara. Walau […]
Palestin: Mainkan Peranan, Perjuangkan Pembebasan

Sejarah memberi kita pelajaran di sebalik peristiwa-peristiwa tragis yang merobek kemanusiaan, namun di situ juga tersirat titik-titik cahaya yang akan menerangi kebenaran dan keadilan. Salah satu catatan bersejarah adalah semasa perang Vietnam. Pada tahun 1973, Amerika Syarikat menarik diri sepenuhnya daripada medan perang setelah dua dekad penuh dengan perjuangan sengit. Peristiwa ini membuktikan bahawa kemenangan […]
Isu 3R: Perpaduan Negara Sedang Diuji – Presiden IKRAM

Mutakhir ini isu agama, kaum dan raja (3R) semakin galak dicetuskan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, walaupun negara sudah mempunyai Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia untuk menanganinya. Apa yang terjadi adalah tip of the iceberg, sebahagian kecil daripada masalah besar yang boleh menggugat perpaduan rakyat di negara ini. Masyarakat seperti menyimpan sifat prejudis […]
Apa Pentingnya Sistem Ekonomi Berasaskan Sedekah?

Wang bukan segalanya, namun tanpanya segalanya menjadi sukar. Ungkapan ini mencerminkan realiti yang dihadapi oleh sebahagian masyarakat, di mana kelangsungan hidup menjadi cabaran ketika kos sara diri meningkat dan jurang pendapatan melebar. Dalam konteks ini, keperluan untuk mewujudkan sistem ekonomi lebih inklusif dan berkesan menjadi semakin mendesak. Salah satu tolok ukur bagi merangkumi isu-isu ini […]
Peranan Pembangkang Sebagai Ejen Pengukuhan Negara

Kewujudan pihak kerajaan dan pihak pembangkang dalam sistem politik demokrasi bertujuan untuk membentuk mekanisme semak dan imbang. Peranan pembangkang merupakan teras penting dalam sistem demokrasi. Ini kerana pembangkang memainkan peranan penting dalam memantau pelaksanaan dasar oleh kerajaan melalui pemerhatian, pengawasan dan kritikan terhadap tindak-tanduk kerajaan dalam memperjuangkan kepentingan rakyat. Pandangan kritis yang ditelusuri dengan solusi […]
Tahun Baru 2024: Bersama Melangkah Maju ke Hadapan

Tahun 2023 bakal berlalu menjadi kenangan, menyimpan pelbagai episod suka dan duka. Melangkah ke hadapan, apa yang pahit perlu dijadikan panduan dan apa yang manis disimpan sebagai pendorong semangat untuk meneruskan perjalanan. Pelbagai peristiwa terjadi sepanjang tahun yang telah mencetuskan pelbagai rasa dalam kalangan rakyat Malaysia. Imbasan peristiwa Tahun 2023 dimulakan dengan langkah proaktif kerajaan […]