Isu 3R: Perpaduan Negara Sedang Diuji – Presiden IKRAM
Mutakhir ini isu agama, kaum dan raja (3R) semakin galak dicetuskan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, walaupun negara sudah mempunyai Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia untuk menanganinya. Apa yang terjadi adalah tip of the iceberg, sebahagian kecil daripada masalah besar yang boleh menggugat perpaduan rakyat di negara ini. Masyarakat seperti menyimpan sifat prejudis […]
Apa Pentingnya Sistem Ekonomi Berasaskan Sedekah?
Wang bukan segalanya, namun tanpanya segalanya menjadi sukar. Ungkapan ini mencerminkan realiti yang dihadapi oleh sebahagian masyarakat, di mana kelangsungan hidup menjadi cabaran ketika kos sara diri meningkat dan jurang pendapatan melebar. Dalam konteks ini, keperluan untuk mewujudkan sistem ekonomi lebih inklusif dan berkesan menjadi semakin mendesak. Salah satu tolok ukur bagi merangkumi isu-isu ini […]
Peranan Pembangkang Sebagai Ejen Pengukuhan Negara
Kewujudan pihak kerajaan dan pihak pembangkang dalam sistem politik demokrasi bertujuan untuk membentuk mekanisme semak dan imbang. Peranan pembangkang merupakan teras penting dalam sistem demokrasi. Ini kerana pembangkang memainkan peranan penting dalam memantau pelaksanaan dasar oleh kerajaan melalui pemerhatian, pengawasan dan kritikan terhadap tindak-tanduk kerajaan dalam memperjuangkan kepentingan rakyat. Pandangan kritis yang ditelusuri dengan solusi […]
Tahun Baru 2024: Bersama Melangkah Maju ke Hadapan
Tahun 2023 bakal berlalu menjadi kenangan, menyimpan pelbagai episod suka dan duka. Melangkah ke hadapan, apa yang pahit perlu dijadikan panduan dan apa yang manis disimpan sebagai pendorong semangat untuk meneruskan perjalanan. Pelbagai peristiwa terjadi sepanjang tahun yang telah mencetuskan pelbagai rasa dalam kalangan rakyat Malaysia. Imbasan peristiwa Tahun 2023 dimulakan dengan langkah proaktif kerajaan […]
Ahli Parlimen Berkata Kesat, Seksis Wajar Dihukum
Telah berlalu persidangan Dewan Rakyat selama tiga hari dari 28 hingga 30 November lalu yang menyaksikan ahli-ahli parlimen membuat perbahasan terhadap pindaan undang-undang, pemeriksaaan dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan juga membincangkan perkara-perkara berkaitan kepentingan orang ramai. Namun begitu, persidangan ini turut menyaksikan kesukaran Yang di-Pertua Dewan Rakyat atau Speaker, Tan Sri Johari Abdul mengawal […]
Perang Palestin-Israel: Gaza Hadapi ‘Holocaust’
Sejarah membuktikan bahawa sudah menjadi lumrah bagi penjajah sepanjang zaman melabelkan pihak pejuang dan gerakan pembebasan negara sebagai pemberontak atau pengganas. Dunia hari ini cuba ditipu daya oleh penjajah Zionis dan sekutu Baratnya dengan menjenamakan Hamas sebagai gerakan militan dan pengganas. Sebaliknya, penjajah Zionis cuba memposisikan pihak mereka sebagai pejuang keamanan dan menjadi mangsa yang […]