Negara pertama di dunia vaksin kanak-kanak

Kempen vaksinasi kumpulan berusia dua hingga 11 tahun telah giat dilancarkan di Cuba sejak awal bulan ini bagi melawan virus Covid-19. Negara itu menggunakan dua vaksin tempatan yang dihasilkan sendiri, namun belum diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Berikutan itu, Cuba menjadi negara pertama di dunia yang memberi vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak berusia […]
Sidang Parlimen penggal ke-4 buka tirai

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 membuka tirainya hari ini setelah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Dewan Rakyat. Baginda bertitah agar ahli-ahli parlimen menghentikan sebarang pertelingkahan, mengembalikan fokus kepada usaha memerangi pandemik Covid-19 dan mempercepatkan pemulihan ekonomi. Titah baginda lagi, hanya menerusi perpaduan, […]
Sesi persekolahan 2021 dilanjutkan

SERI KEMBANGAN – Sesi persekolahan bagi tahun ini akan dilanjutkan hingga Februari 2022, menurut Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin. Beliau berkata, keputusan ini buat bagi membolehkan Kementerian Pendidikan (KPM) memastikan semua pelajar yang ketinggalan bersedia untuk masuk ke kelas berikutnya. “Semua murid akan kekal dalam darjah dan tingkatan […]
Santuni mualaf: HCF, MAIWP jalin kerjasama

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini, telah berlangsungnya kunjungan hormat secara maya antara Hidayah Centre Foundation (HCF) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Majlis yang telah berlangsung pada Selasa dihadiri Pengerusi HCF, Ir Dr Hj Muhamad Fuad Abdullah dan Pengerusi MAIWP, Datuk Dr Mohd Daud Bakar serta wakil kakitangan kedua-dua belah pihak. “Kami […]
Masihkah ada harapan untuk kerajaan ini?

Umumnya, Rakyat Malaysia telah ketahui, pada 20 Ogos 2021 lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah membuat keputusan melantik Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia kesembilan menggantikan Tan Sri Mahiaddin Yassin. Pelantikan tersebut sedikit sebanyak memberi harapan kepada rakyat terhadap pucuk pimpinan yang baharu. Sebagaimana sebelumnya, harapan itu […]
Kerajaan sementara dan ruang kerjasama di Afghanistan

Taliban mengumumkan pembentukan kerajaan peralihan baru dalam sidang media pada Selasa, dengan Perdana Menteri sementara, Mullah Mohammad Hassan Akhund dan pengasas bersama Taliban, Mullah Abdul Ghani Baradar sebagai timbalannya. Mullah Mohammad Yaqoub akan menjadi Menteri Pertahanan dalam kerajaan sementara yang dibentuk. Sebelumnya, beliau telah menjadi salah seorang daripada dua timbalan pemimpin Taliban sejak 2016. […]