Santuni mualaf: HCF, MAIWP jalin kerjasama

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini, telah berlangsungnya kunjungan hormat secara maya antara Hidayah Centre Foundation (HCF) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

 

Majlis yang telah berlangsung pada Selasa dihadiri Pengerusi HCF, Ir Dr Hj Muhamad Fuad Abdullah dan Pengerusi MAIWP, Datuk Dr Mohd Daud Bakar serta wakil kakitangan kedua-dua belah pihak.

 

“Kami mengalu-alukan jalinan kerjasama dalam memastikan usaha-usaha menyampaikan Islam,” kata Dr Muhamad Fuad dalam ucapannya.

 

Tambahnya lagi, santunan mualaf tersebut dapat terus dilaksanakan dengan bantuan dana yang mampan.

 

“Kami juga berbesar hati menjalinkan kerjasama dalam usaha memartabatkan ekonomi umat Islam,” ucap Datuk Dr Mohd Daud.

 

Sekali gus, menurutnya, ia dapat membantu usaha menyampaikan Islam dan santunan mualaf yang dijalankan HCF. 

 

“Insya-Allah, segala kerjasama yang diberikan akan diusahakan sebaiknya seiring dengan usaha dakwah yang dijalankan oleh HCF di seluruh Malaysia.”

 

Perbincangan kerjasama menerusi dalam talian melalui aplikasi Zoom tersebut telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang baik terhadap apa yang dibincangkan.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia