Ramadan, Aku Kembali Mendamba Reda Ilahi

Ulama terdahulu pernah mengatakan, “Tidak ada seorang pun yang pergi ke mana-mana yang ia mahu, tanpa persiapan. Dan tidak ada seorang pun yang mengundang tetamu di rumahnya, tanpa mempersiapkan diri untuk menyambut tetamu itu.” Demikian juga dengan bulan Ramadan. Maka, umat Islam yang bakal melakukan rehlah (perjalanan) Ramadan, tidaklah akan sempurna rehlahnya kecuali ia mempersiapkan […]
Reformasi Pendidikan, Haji Tumpuan Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Pelan bagi merealisasikan reformasi pendidikan di institut pengajian tinggi dan langkah kerajaan menampung peningkatan kos untuk mengerjakan ibadah haji serta umrah, antara yang menjadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini. Soalan mengenai reformasi pendidikan itu, sebagaimana menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, diajukan Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) kepada Menteri […]
Perarakan: Muslim Perlu Tonjolkan Imej Islam Sebenar

Pada hakikatnya, Islam sebagai agama yang membawa rahmat kepada sekalian alam (rahmatan lil alamin) dan penganutnya sebagai ummatan wasatan (umat pertengahan, adil dan pilihan). Sebaik-baik umat adalah merealisasikan sikap dan tingkah laku Islam yang berperikemanusiaan, inklusif, bertolak ansur (toleransi) dan menyebarkan kebaikan. Dalam konteks Malaysia yang mana masyarakatnya yang heterogen (pelbagai) berkaitan adat, bahasa, budaya […]
Perginya Tokoh Pemikir Islam, Tan Sri Dr Kamal Hassan

SERI KEMBANGAN – Tokoh pemikir Islam, Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan meninggal dunia pada Khamis. Beliau yang yang juga mantan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 80 tahun. Jenazah akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islm Bandar Baru Bangi, hari ini. Terdahulu, Almarhum Mohd Kamal telah diamanahkan sebagai Rektor UIAM […]
Taktik Penipuan Scammer: Yang Dikendong Berciciran

Kes penipuan wang dalam talian (scam) setiap hari semakin membimbangkan dan meresahkan masyarakat. Apa tidaknya, ia membabitkan sejumlah wang yang barangkali telah sekian lama disimpan atau dikumpul, hilang sekelip mata dan adakalanya tanpa diketahui jejak ‘pencurinya.’ Mungkin ia sesuai dikaitkan dengan peribahasa, ‘Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’ bagi mereka yang ‘gelap mata’ dengan […]
Daftar Pemilih Tambahan Boleh Disemak Hingga 18 Mac

SERI KEMBANGAN – Daftar Pemilih Tambahan Bulan Januari Tahun 2023 (DPT BLN1/2023) yang telah diperaku dan diwartakan, dibuka untuk semakan selama 30 hari, bermula 17 Februari hingga 18 Mac depan. “DPT BLN1/2023 mengandungi 39,604 nama warganegara berumur 18 tahun ke atas bagi tempoh 1 hingga 31 Jan yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu,” kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) […]