Gubal Akta Kebencian Kaum Tangani 3R

SERI KEMBANGAN – Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri mencadangkan supaya kerajaan menggubal Akta Kebencian Kaum dan Ekstremisme Agama bagi menangani kes provokasi agama, bangsa dan raja (3R). “Institusi diraja sebagaimana agama adalah jauh lebih tinggi kedudukannya dan tidak selayaknya disamakan dengan mana-mana akta sedia ada.” Beliau […]
Kerusi Parlimen Pulai Diisytihar Kosong

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat pada Selasa mengemukakan pemberitahuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P161 Pulai, susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub. “Saya selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat, telah mengemukakan suatu pemberitahuan bertarikh 25 Julai 2023 kepada Pengerusi SPR, bahawa Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub telah meninggal […]
Usah Pandang Remeh Pengundi Atas Pagar

KUALA LUMPUR – Terdapat peningkatan trend pengundi atas pagar menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) dicatatkan sejak tahun 2008. “Kajian yang dijalankan menunjukkan sebanyak 26 peratus responden menunjukkan tidak menyokong atau menganggotai mana-mana parti politik,” kata Pengerusi Eksekutif Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman. Menurutnya, sebanyak 12 peratus pula menunjukkan mereka adalah […]
Negara Teluk, Asia Tengah Perkukuh Hubungan Dua Hala

Pemimpin Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan negara-negara Asia Tengah menekankan kepentingan mengukuhkan hubungan politik dan strategik antara kedua-dua pihak di peringkat kolektif dan dua hala. Selain itu, negara-negara tersebut akan berusaha untuk memastikan fleksibiliti rantaian bekalan, pengangkutan, komunikasi, keselamatan makanan, keselamatan tenaga, serta keselamatan air. Perkara-perkara itu dimeterai dalam sidang kemuncak dua hari antara negara-negara […]
Speaker Singapura Letak Jawatan: Kekalkan Integriti

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata pada Isnin bahawa dua penggubal undang-undang partinya termasuk Speaker Parlimen telah meletak jawatan. “Saya menyifatkan langkah itu sebagai perlu bagi mengekalkan integriti parti. Speaker Parlimen, Tan Chuan-Jin, tidak berjaya dalam tingkah laku peribadinya dan memahami hasratnya untuk menarik diri daripada politik,” kata Hsien Loong dalam satu kenyataannya. Dilaporkan […]
Kerajaan Akan Tubuh Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia

KUALA LUMPUR – Kerajaan berhasrat untuk menubuhkan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) secepat mungkin bagi menambah baik perlindungan sosial serta kebajikan penggiat industri berkenaan. “Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan mengemukakan satu memorandum kepada Kabinet bagi mendapatkan persetujuan serta kelulusan untuk penubuhan suruhanjaya tersebut,” jelas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, penggiat […]