Islam Wasatiyyah: Tolak Naratif Ekstrem Menggugat Umat
Mutakhir ini, agama sering kali menjadi faktor pemecah, menimbulkan kebencian, menyebabkan perseteruan sehingga berwajah hodoh disebabkan oleh pendekatan politik yang melampau oleh sesetengah pihak. “Ia bertentangan sekali dengan mesej Islam sebenar yang seharusnya bersifat rahmatan lil ‘alamin, menyantuni semua pihak,” demikian mesej penegasan yang disampaikan oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Dato’ Ahmad Azam […]
Dukung Pendekatan Islam Wasatiy, Jauhi Ekstremisme
CHERAS – Buat julung kalinya gerakan-gerakan Islam di Malaysia berhimpun bagi mewacanakan berkaitan ‘Islam Wasatiy Membangun Peradaban Ummah’ di International Youth Centre, di sini. Gerakan-gerakan ini dengan tekad dan semangat, mengisytiharkan penubuhan Himpunan Gerakan Islam Malaysia untuk menegakkan pemahaman wasatiyyah dan mencerdaskan umat dalam membina masyarakat madani (berperadaban dan bertamadun). “Kami bersama nadi dan degup […]
Merealisasikan Malaysia Menjadi Negara Rahmah
Mengimpikan sebuah negara yang aman, maju dan makmur serta rakyatnya sejahtera, adalah impian semua manusia di dunia. Tidak kira apa pun bangsa keturunan mahupun anutan rakyat Malaysia, mereka mahukan negara yang tercinta ini menjadi sebuah negara yang lebih baik, sebuah negara mithali kepada masyarakat dan dunia. Namun, usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Rahmah ini […]
2,000 Meriahkan Karnival Kita Anak Malaysia
KUALA LUMPUR – Karnival Kita Anak Malaysia (KAMI) yang berlangsung di UTM Kuala Lumpur di sini telah melabuhkan tirai pada petang Jumaat lalu dengan kehadiran kira-kira 2,000 orang pengunjung. Timbalan Presiden IKRAM, Dato’ Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan telah merasmikan KAMI yang julung kalinya dianjurkan IKRAM sempena Bulan Kebangsaan (SBK) 2022. “Masyarakat Malaysia masyarakat […]