Kem Waja Diri (Kewari)
KOTA KINABALU, 13-15 Februari 2015 – Program Kem Waja Diri (KEWARI) yang berlangsung selama 3 hari 2 malam telah berjaya dilaksanakan. Program yang bertemakan “Melahirkan Pendekar Mutadayyin” ini lebih menumpukan kepada pembentukan sahsiah islamiah melalui latihan intensif silat, rohani dan ‘group binding’ yang kukuh antara peserta. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Awang Damit Awang Anak; Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Belia dan Sukan Sabah, mewakili Y.B. Datuk Haji Tawfiq Bin Datuk Haji Abu Bakar Titingan Menteri Belia dan Sukan Sabah.
ROAD TO HAPPY FAMILY

KOTA KINABALU, 15 Februari 20015 – Program Road to Happy Family yang berlangsung selama setengah hari berjaya dilaksanakan. Program ini merupakan program yang julung-julung kali diadakan di Negeri Di Bawah Bayu ini. Program bertemakan ‘Bicara Efektif, Keluarga Bahagia’ ini menjemput Ahli Psikologi Klinikal Hospital Pakar An-Nur, Azlina @ Roszy Mohammad Gaffar sebagai penceramah. Dalam perkongsian yang disampaikan, Azlina telah mengupas tentang dunia anak-anak sekarang, tips komunikasi efektif dengan anak-anak dan bahasa cinta dalam rumahtangga.
Daurah Ta’hil Tingkat Keterampilan Murabbi

JOHOR BAHRU – Seramai 200 orang ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor telah menyertai Daurah Ta’hil anjuran Jawatankuasa Tarbiah IKRAM Johor. Program yang pertama kali dianjurkan itu telah diadakan di Kompleks IKRAM Johor bertempat di Taman Universiti.
Pengerusi Jawantankuasa Tarbiah IKRAM Johor, Ustaz Hj Muhamad Hairozi Mohamad, berkata Daurah Ta’hil ini bertujuan untuk memberi persediaan kepada bakal murabbi dan murabbi sedia ada, meningkatkan kemahiran serta ilmu dalam mengendalikan halaqah.
“Ini adalah usaha penting sebagai persediaan kepada para ahli melengkapkan diri dalam proses melaksanakan wasail tarbiah yang telah ditetapkan. Saya sangat gembira dengan kehadiran yang ramai di mana 80% adalah dari kalangan pemuda. Saya berharap usaha ini akan menyuburkan usaha dakwah di negeri Johor,” katanya.
Daurah Ta’hil ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Tarbiah IKRAM Pusat dengan dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Abd Muhaimin Mohd Sahar Al-Hafiz dan dibantu oleh Al-Fadhil Ustaz Asim Alias.
Program yang bermula pada 8.00 malam pada hari Jumaat tamat pada jam 6.15 petang Sabtu. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Yang Dipertua IKRAM Negeri Johor, Prof Dr Hj Arshad Ahmad.