Pelantikan Profesor Dr Hanim, Nazril sebagai JKP IKRAM baharu

Sukacita dimaklumkan bahawa Profesor Dr Hanim Salleh dan Sdr Muhammad Nazril Laharadi telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) IKRAM baharu. Profesor Hanim, 49, kini merupakan Ketua Wanita IKRAM Selangor dan Nazril, 38, merupakan mantan Presiden IKRAM United Kingdom & Eire sesi 2017/2018. Pelantikan Profesor Hanim juga adalah selari dengan keperluan Perlembagaan IKRAM yang menghendaki […]
Jika rahsia, biarlah rahsia

Rahsia antara dua jiwa; antara Sang Pencipta dengan hamba, antara hamba dengan hamba, mungkinkah ia akan terungkap jua? Terkadang kita suka persoalkan, apakah rahsianya? Mengapa harus ia dirahsiakan? Bila masa ia akan dibuka? Waima berita kedatangan hari kiamat juga satu rahsia, malah ia dibuktikan dengan terdapat 10 perkataan hari kiamat yang mempunyai makna tersendiri dalam […]
Liwat tetap merupakan satu kesalahan jenayah di Malaysia

IKRAM Legal ingin menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Iki Putra bin Mubarrak v. Kerajaan Negeri Selangor (Anor) pada 25 Februari 2021 sama sekali tidak menafikan hakikat bahawa perbuatan liwat atau seks luar tabii adalah tetap merupakan satu kesalahan jenayah di sisi undang-undang Malaysia. Walaupun Mahkamah Persekutuan tersebut telah memutuskan […]
Mac Bulan Kempen Anti Rasuah

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memutuskan bahawa Mac 2021 adalah Bulan Kempen Anti Rasuah. Pada bulan ini, pelbagai usaha dan inisiatif akan dilaksanakan dalam usaha memerangi rasuah. Tindakan ini adalah sebagai sokongan kepada usaha Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Dato’ Hussamuddin Yaacub yang telah melancarkan gerakan Rasuah Busters. Di peringkat IKRAM, usaha ini akan digerakkan oleh Pasukan […]
Parlimen kembali bersidang: Langkah terbaik untuk rakyat dan negara

Pertubuhan IKRAM Malaysia menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah, yang menzahirkan Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri. Perkara ini seperti yang dinyatakan dalam kenyataan media […]
Pentingnya peranan bapa membesarkan anak sebagai Muslim

IKRAM Legal menyeru umat Islam khususnya para bapa untuk mengambil iktibar daripada Penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Rosliza binti Ibrahim v. Kerajaan Negeri Selangor & Majlis Agama Islam Selangor (Rayuan Sivil No.: 01(f)-2-01/2020 (B)) pada 5 Februari 2021 yang lepas (“Kes Rosliza”). Kes ini menunjukkan betapa pentingnya para bapa untuk memelihara kehormatan diri dan nasab […]