Asy-Syahid Dr Morsi, semangat dan daya juangmu akan terus hidup

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) berasa amat sedih atas pemergian mantan Presiden Mesir, Dr Mohamed Morsi setelah pengsan di mahkamah di Kaherah, Mesir pada 17 Jun 2019.

Dr Mohamed Morsi telah dipilih sebagai Presiden secara sah dalam pilhan raya setelah revolusi kebangkitan rakyat Mesir pada 2011 dan beliau tidak pernah lekang daripada memelihara dan memperjuangkan hak rakyat untuk kebebasan, kedaulatan dan kehidupan bermaruah.

Dizalimi dengan penyeksaan dan pengadilan yang tidak adil, dunia menyaksikan beliau syahid dalam nafas akhir perjuangan beliau yang penuh dengan kesabaran dan berpendirian teguh.

Beliau akan kekal sebagai salah seorang pemimpin dunia yang mengorbankan nyawa untuk rakyat dan negara mereka.

وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا بِهِم مِّنْ خَلْفِهِمْ أَلَّا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

“Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.” (Ali Imran: 169-170)

IKRAM merakamkan ucapan takziah buat keluarga almarhum, anggota Freedom and Justice Party (FJP) dan Ikhwan Muslimin, rakyat Mesir dan umat Islam yang terkesan dengan peristiwa ini.

Semoga bumi Mesir akan bebas daripada cengkaman kebuntuan dan mekar unggul berasaskan sejarahnya dan jati diri rakyatnya yang kaya seperti yang diimpikan oleh Dr Mohamed Morsi.

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia