Asatizah IKRAM Sertai Diskusi Pembangunan Pendidikan Islam

Asatizah IKRAM Sertai Diskusi Pembangunan Pendidikan Islam

PUTRAJAYA – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah menyertai Pertemuan Khas Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek bersama para asatizah di Hotel The Everly pada Jumaat, 9 Februari lalu.

Ahli Jawatankuasa Pusat, Dr Syazalie Hirman Ahmad Najib dan Dr Hajar Opir, serta Pegawai Kanan Jabatan Pendidikan Masyarakat Ustazah Atriza Umar antara yang hadir dalam pertemuan ini.

Antara intipati yang dibincangkan ialah mengenai pembangunan Pendidikan Islam di Malaysia dan mengumpulkan cadangan bagi penambahbaikan subjek ini.

“Apabila kita keluar daripada sistem ‘exam-oriented’ ini, paksinya adalah mengembalikan kekuatan murid-murid kepada paksi holistik iaitu potensi, ansur maju, akhlak, nilai dan sebagainya,” demikian ujar Fadhlina dalam ucapannya.

Menurutnya lagi, bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, beliau menyeru agar paksi ini terus diperkuatkan.

Dalam pertemuan tersebut, beliau turut menyentuh mengenai tumpuan Hadis 40 yang bukan hanya dibaca sebagai hadis yang ‘tartil’ sahaja.

“Sekarang tumpuan kita adalah pada syarahnya. Kita inginkan agar murid-murid tahu dan faham. Sebagaimana hadis ke-8, bagaimana perlu disyarahkan dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.”

Tegasnya lagi, betapa pentingnya untuk menyampaikan mesej Islam kepada Masyarakat Majmuk di kalangan para pelajar dalam lebih keadaan progresif.

“Tanggungjawab kita menyampaikan, menerangkan Islam itu dengan lebih baik dan cantik,” kata Fadhlina.

Perbincangan dua hala mengenai Pendidikan Islam ini, turut berlangsung dengan pelbagai input dan saranan dikemukakan para asatizah yang hadir. 

Turut hadir Dr Nabiroh Kassim, Ustaz Nu’man Hani Jamal, Dr Alwani Ghazali dan Dr Zilal Saari yang mewakili asatizah daripada IKRAM.

Terdahulu, menurut pandangan banyak pihak, kaedah pelaksanaan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah perlu diberi penerangan dan diperjelaskan lebih awal, supaya tidak terdedah kepada pentafsiran yang pelbagai sehingga menimbulkan pertikaian, khususnya dalam kalangan bukan Islam.

Pertikaian isu berkaitan hadis 40 tersebut timbul susulan daripada pelaksanaan modul itu seperti yang dilaporkan beberapa media yang membawa konotasi bahawa ia akan diperluaskan kepada sekolah yang selain daripada sekolah agama.

Modul penghayatan hadis tersebut dilancarkan pada Ogos tahun lalu bertujuan untuk memupuk nilai-nilai sabda atau hadis Rasulullah SAW di peringkat sekolah.

Modul itu akan diperkenalkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) sebelum dilancarkan ke sekolah awam lain.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia