Asatizah berdakwah di jalanan

“Program ini telah berjaya mencapai matlamatnya untuk menyuntik rasa tanggungjawab terhadap tugasan berdakwah juga memperbetulkan salah faham terhadap Islam dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia,” ujar wakil HCF.

Selain pengisian yang disampaikan secara teori, para asatizah berpeluang menimba pengalaman turun padang ke lapangan dakwah di sekitar Perak untuk menyampaikan risalah Islam dalam aktiviti street dakwah.

“Para asatizah berusaha mendekati masyarakat bukan Islam yang ditemui dan menyampaikan serba sedikit pengetahuan mengenai Islam.”

Tambahnya lagi, sungguh istimewa dan bersejarah sekali aktiviti street dakwah kali ini kerana salah seorang hamba Allah yang ditemui telah menyatakan keinginannya untuk bersyahadah.

“Para asatizah telah membawa hamba Allah tersebut ke tempat program untuk mereka bersama-sama menyaksikan beliau bersyahadah.”

Pengislaman tersebut menurutnya, tentu menyemarakkan lagi semangat untuk para asatizah agar tetap istiqamah berdakwah pada masa akan datang.

“Syukur atas kurniaan Allah, seorang hamba Allah kembali ke agama fitrah hasil usaha street dakwah yang dijalankan.”

HCF berharap semoga ilmu yang ditimba dan pengalaman yang dikongsi akan meningkatkan kualiti para asatizah dan semoga usaha dakwah di Malaysia bertambah subur dengan penglibatan aktif para asatizah.

Hidayah Centre Foundation telah diwakili penceramah-penceramah berpengalaman antaranya Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hj Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah untuk melatih para asatizah dalam berdakwah.

Antara penceramah lain yang turut bersama dalam program yang dijalankan selama tiga hari ini ialah Sdr Kamarul Zaman Noor Mohamed, Sdr Wan Muhammad Wan Ibrahim dan Puan Hanita Rahim, yang begitu aktif menjalankan aktiviti dakwah di lapangan.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia