Aqsa Syarif bantu bina kilang roti di Gaza

Aqsa Syarif diwakili oleh Pengerusinya, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, manakala ISJ diwakili oleh Pengerusinya, Ir Abdalrahim Shehab. Keseluruhan kos projek ini dianggarkan berjumlah RM620,000 dan penyaluran dana dibuat secara berperingkat- peringkat. Dana untuk pembangunan kilang roti ini adalah sumbangan daripada rakyat Malaysia yang dikendalikan oleh Aqsa Syarif.

Majlis bersejarah ini diserikan lagi dengan kehadiran Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Dr Mohd Parid Syeikh Ahmad. Turut hadir adalah Timbalan Setiausaha Agung IKRAM, Haji Mohammad Yaakub Idris serta dua orang Ahli Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif, Dr Mohd Tahir Abdul Rahman dan Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor.

Dr Parid dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada Aqsa Syarif yang telah berusaha keras melaksanakan pelbagai projek untuk membantu rakyat Palestin serta pihak ISJ sebagai rakan usaha dalam projek kilang roti ini.

“Insya-Allah, apabila kilang roti mula beroperasi dalam bulan Mac nanti, produk roti yang dihasilkan akan diagih-agihkan berdasarkan kemampuan penduduk; bagi golongan fakir, ia akan diberi secara percuma, bagi orang-orang miskin, ia dijual dengan harga kos, manakala bagi mereka yang berkemampuan, ia akan dijual mengikut harga pasaran,” kata Dr Parid.

mou kilang rotiBagi Dr Hafidzi, usaha mendirikan kilang roti ini bukan sekadar membekalkan makanan kepada penduduk Palestin, tetapi juga membekalkan semangat dan kekuatan kepada perjuangan mereka untuk membebaskan masjid al-Aqsa dan bumi anbia itu.

Sementara itu, Ir Abdalrahim melahirkan rasa syukur dan gembira dengan usaha-usaha yang dilakukan oleh ikhwah di Malaysia termasuk lawatan Viva Palestina Oktober lepas dan projek ternakan lembu Aqsa Syarif.

“Alhamdulillah, projek ternakan lembu tajaan Aqsa Syarif merupakan antara yang terbaik dan tersubur di Gaza sekarang,” katanya.

Beliau mendoakan segala kebajikan yang dijalankan ini menjadi hasanah di dunia dan akhirat.

Majlis diakhiri dengan penyerahan satu replika cek bernilai RM 250,000 oleh Ustaz Hasanuddin kepada Ir Abdalrahim sebagai simbolik penyaluran sebahagian daripada kos pembangunan kilang roti tersebut.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia