Aqsa Syarif bantu bina kilang roti di Gaza

KAJANG – Sebuah kilang roti akan dibangunkan di Gaza bagi memenuhi keperluan penduduk di wilayah yang sedang ditindas Zionis Israel. Untuk tujuan itu, satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara Aqsa Syarif Berhad dengan sebuah NGO, The Islamic Society of Jabalia City (ISJ), Gaza dalam satu majlis yang diadakan di pejabat Aqsa Syarif dekat sini.