Aplikasi AI: Perkembangan, Tip Kreativiti dan Inovasi

Dalam penulisan saya yang lepas, saya telah menyenaraikan beberapa perkembangan “Gen AI” yang bakal memberikan impak signifikan dalam pelbagai aspek kehidupan.

Yang berikut adalah beberapa perkembangan utama “Gen AI” dalam masa dua hingga tiga tahun akan datang:

  1. Peningkatan Kemampuan NLP: Model AI lebih baik dalam memahami dan merespons bahasa manusia.
  2. Pengembangan Aplikasi Perniagaan: Digunakan untuk analisis data, prediksi pasar dan automatisasi layanan pelanggan.
  3. Inovasi dalam Kreativiti: Menciptakan karya seni, muzik dan reka cipta yang inovatif.
  4. Peningkatan Interaksi Manusia-Komputer: Chatbot dan virtual assistant menjadi lebih canggih.
  5. Pembelajaran dan Pendidikan: Alat pembelajaran yang lebih personal dan adaptif.
  6. Kesihatan: Digunakan dalam diagnosis medikal, pengembangan perubatan dan perawatan kesihatan personal.
  7. Automasi dan Produktiviti: Meningkatkan automasi tugas-tugas rutin dan kompleks.
  8. Keselamatan dan Privasi: Fokus pada perlindungan data dan keselamatan dalam aplikasi AI.
  9. Integrasi dengan Teknologi Lain: Diintegrasikan dengan IoT, blockchain dan teknologi cloud.
  10. Undang-undang dan Etika: Pengembangan kerangka kerja untuk penggunaan AI yang bertanggung jawab dan beretika.

 

Menggunakan “Gen AI” untuk inovasi & kreativiti, bermula dengan “PROMPT”

Sejak menggunakan “Gen AI” Google Bard pada awal tahun 2023 (jenama sekarang ialah Gemini) dan kemudiannya Microsoft Bing (jenama sekarang Copilot) dan ChatGPT, saya telah mendapat banyak manfaat dari situ.

Pertamanya, “AI Chatbot” ini merubah cara saya bekerja dalam menggunakan telefon pintar, tablet, laptop dan komputer meja.

Penggunaan enjin carian, yang paling popular ialah “Google Search”, sudah semakin kurang kerana ia mengambil masa lama untuk mendapatkan jawapan yang dikehendaki. Selamat tinggal enjin carian, mari kita “bercakap” dengan “Gen AI” dengan menggunakan “prompt”.

“Prompt” ialah satu set arahan atau soalan yang diberikan kepada model AI untuk mendapatkan respons tertentu. Kualiti respons AI bergantung pada kualiti “prompt” tersebut.

Rajah berikut menyenaraikan pelbagai jenis “prompt” yang kita boleh “bercakap dan bertanya” kepada “Gen AI” untuk menghasilkan jawapan (rujukan: https://elearninginfographics.com/types-of-prompts-for-ai-creativity/)

Tip penggunaan “PROMPT” yang berkesan 

Untuk memastikan “Gen AI” memberikan jawapan yang betul seperti yang dikehendaki, yang berikut adalah beberapa tip untuk menyusun prompt yang berkesan:

  1. Jelas dan Spesifik: Prompt yang kabur akan menghasilkan respons yang kabur. Nyatakan dengan jelas apa yang diperlukan. Sebagai contoh, bukannya bertanya “Ceritakan tentang sejarah” tetapi “Berikan gambaran keseluruhan sejarah Mesir purba.”
  2. Berikan konteks dan sekatan (Constraints): Sertakan maklumat latar belakang yang relevan dan nyatakan sebarang sekatan. Kaedah ini membantu AI memahami skop dan fokus permintaan anda. Sebagai contoh, “Tulis laporan kewangan yang meringkaskan prestasi suku kedua untuk permulaan teknologi.”
  3. Gunakan bahasa yang mudah dan tidak berkias: AI beroperasi dengan lebih cekap dengan arahan yang mudah. Elakkan ayat yang kompleks dan istilah yang berkias.
  4. Masukkan kata kunci dan frasa: Gunakan kata kunci yang spesifik berkaitan dengan output yang diinginkan untuk membimbing AI. Sebagai contoh, “Hasilkan kapsyen media sosial mengenai kenaikan harga makanan.”
  5. Nyatakan gaya dan nada: Jika anda memerlukan output dalam gaya atau nada tertentu, sebutkan dalam prompt. Sebagai contoh, “Hasilkan e-mel formal mengenai jadual mesyuarat.”
  6. Iterasi (pengulangan) dan penyempurnaan: Jangan ragu untuk menyemak semula prompt anda berdasarkan respons AI. Proses berulang ini membantu menyesuaikan output yang lebih sesuai dengan jangkaan anda.
  7. Gunakan prompt yang berstruktur: Pecahkan soalan yang kompleks kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil dan mudah diurus. Hal ini membantu AI memahami dan memberi respons dengan lebih tepat.
  8. Berikan contoh: Jika boleh, berikan contoh jenis respons yang anda cari. Ia dapat membantu model AI memahami keperluan anda dengan lebih baik.

 

Dengan mengikuti tip ini, anda boleh menyusun prompt yang lebih berkemungkinan menghasilkan respons yang spesifik dan tepat yang anda perlukan daripada “Gen AI”.

Untuk menghayati apa yang dicadangkan ini, teruslah mula menggunakan “Gen AI”. Daripada pengalaman peribadi, saya selalu menggunakan Copilot untuk prompt pantas mendapat jawapan, menggunakan Gemini untuk penyelesaian teknikal dan ChatGPT untuk penyelesaian lebih komprehensif (perlu berbayar untuk tiada sekatan).

Penggunaan “Gen AI” untuk penghasilan bahan kreatif imej dan video 

“Gen AI” kini makin popular dalam penghasilan bahan-bahan bersifat inovasi dan kreatif hanya dengan kita “bercakap dan bertanya” kepada “Gen AI.” Lagi tepat kita mengajukan “prompt” kepada model AI, akan lagi hampirlah hasil imej atau video yang AI akan cuba hasilkan.

Buat masa ini, “Gen AI” untuk penghasilan bahan kreatif imej dan video masih lagi di peringkat awal dan sedang berkembang dan matang dengan amat pantas.

Saya sendiri telah melanggan satu servis AI yang bernama PopAi (rujukan: https://www.popai.pro/) yang menggunakan enjin AI ChatGPT di belakangnya. 

Dalam pakej PopAi Pro, ada enjin AI untuk penghasilan jawapan imej dan video. Untuk pakej ini, ia membenarkan penghasilan 1 imej dan 1 video sehari.

Untuk menghasilkan imej di atas, saya telah memberi “prompt” seperti berikut: Hasilkan imej berikut: Seekor anak kucing berwarna hitam dan putih, dengan mata bulat cantik, berdiri di atas buah durian sambil menari riang. Di sekeliling anak kucing ada ramai kanak-kanak bersorak gembira.

 

HHj Ahmad Jamali Sepihie
Profesional Korporat IT

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia