Apabila istana mula berjumpa pembangkang

Sehari dua yang lalu, DYMM Sultan Selangor telah menegur tentang jumlah dos vaksin Covid-19 yang diterima oleh negeri Selangor jauh berkurangan daripada jumlah yang disasarkan, malah jauh lebih rendah daripada jumlah penduduk negeri itu iaitu seramai 6.5 juta orang.

 

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) mengakui bahawa Selangor hanya menerima 615,210 dos vaksin Covid-19 setakat 1 Jun dan bukan 2.9 juta dos seperti yang didakwa sebelum ini, suatu kenyataan yang amat  menyedihkan bagi rakyat Selangor.

 

Namun, perkara ini tidak terhenti di situ. Semalam Ketua Pembangkang diperkenankan mengadap Yang di-Pertuan Agong, demikian juga ketua-ketua parti pembangkang lain. 

 

Menurut berita, perbincangan hanya di sekitar krisis Covid-19. Pelbagai persoalan yang timbul. Antaranya, adakah pihak Istana sudah tidak yakin dengan pendekatan pihak kerajaan dalam mengurus krisis Covid-19? 

 

Ditambah lagi, baru-baru ini seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga urusan kecemasan dan bencana alam telah mendedahkan bahawa beliau sudah tidak dijemput ke Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti sebelum ini.

 

Menurut beliau, ini adalah berikutan kritikan beliau terhadap kaedah vaksinasi yang dilakukan oleh kerajaan sekarang. Jika benar, ini juga amat membimbangkan.

 

Ia mencerminkan sikap sombong (arrogant) dan sikap tidak terbuka kerajaan terhadap kritikan. Kritikan dalaman pun tidak boleh terima, apatah lagi kritikan dari luar, menyedihkan cara negara diurus.

 

Berbalik kepada kejadian pertemuan pihak istana dengan ketua-ketua parti pembangkang, ini juga boleh menjadi indikator bahawa pihak istana sudah hilang atau kurang kepercayaan terhadap cara kerajaan mengurus krisis Covid-19.

 

Dalam Sistem Demokrasi Raja Berperlembagaan, apabila pihak istana berjumpa dengan pimpinan parti pembangkang, pihak kerajaan harus mula mencerminkan diri dan jika masih ada maruah, harus pertimbangkan untuk mengundurkan diri kerana pihak istana seperti sudah mula membelakangkan pihak kerajaan dan mula ‘bypass’ kerajaan dengan mendapatkan pandangan pembangkang.

 

Istana yang seharusnya bertindak atas nasihat Perdana Menteri kini mula mendapatkan nasihat pihak pembangkang. Ia satu perkara yang memalukan bagi yang faham erti maruah.

 

Menteri-menteri boleh buat majlis makan mi segera sambil berbincang melalui Zoom tentang soal maruah kerajaan yang terhakis ini.

 

Pada masa yang sama, rakyat amat berharap agar mesyuarat tergempar Majlis Raja-Raja Melayu yang dijadualkan akan diadakan pada 16 Jun 2021 dapat mengambil keputusan yang terbaik bagi menyelamatkan negara.

 

Satu jalan keluar yang terbaik barangkali adalah dengan mewujudkan suatu kerajaan kolaboratif yang mana semua pihak dilibatkan dalam menguruskan negara dengan sidang Parlimen diadakan dengan segera bagi memulihkan demokrasi.

 

Moga ada sinar mentari di hujung terowong bagi negaraku yang tercinta ini.

 

Nahar Md Nor
Ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM
(Seorang akauntan bersara yang cintakan negaranya yang ingin melihat ia diperintah secara adil dan rahmah).

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia