Apabila hak-hak itu dinafikan!

Bagi mereka yang faham situasi dan keadaan, tentunya akan memandang ini adalah satu bentuk perjuangan bagi sekalian ahli parlimen pembangkang yang menyedari bahawa mereka perlu menghadirkan diri ke parlimen, kerana itu tanggungjawab utama setelah dipilih rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

 

Tetapi jika sebaliknya, ia dianggap sebagai pencetus huru-hara, mengganggu keadaan semasa, apatah lagi dengan apa yang dilakukan mereka itu akan mewujudkan kluster baru memandangkan pandemik yang melanda masih tinggi angka kesnya di negara ini.

 

Pelbagai pandangan, persepsi, tuduhan yang seumpamanya diberikan kepada YB-YB itu berikutan tindakan mereka yang seramai 107 orang daripada setiap parti pembangkang hadir pada perhimpunan yang diadakan di Dataran Merdeka pada semalam, 2 Ogos 2021 selepas gagal memasuki bangunan Parlimen.

 

Jika dilihat dengan kaca mata politik negara, ia adalah satu hak yang dicabuli oleh pihak kerajaan. Wakil-wakil rakyat pembangkang dinafikan hak mereka untuk memasuki tempat mereka iaitu bangunan Parlimen Malaysia.

 

Maka keadaan yang terjadi itu adalah sebagai reaksi menunjukkan bantahan kepada penangguhan Parlimen. Sebagaimana kata YB Shafie Apdal, “Kalau perundangan di sebuah negara tidak berfungsi, no way government can function.”

 

Sampai begitu sekali mereka diperlakukan?

 

Ahli Parlimen pembangkang, antaranya daripada parti Pakatan Harapan (PH), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Parti Warisan Sabah (Warisan), mereka dilaporkan dihalang menuju ke bangunan Parlimen melalui Jalan Parlimen dari Bulatan Dato Onn oleh anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

 

Jelas sekali, kita sebagai rakyat dapat lihat lagi ramai barisan polis dan FRU yang mengawasi ahli-ahli parlimen yang berhimpun itu. Apakah untuk memperjuangkan hak rakyatnya pun diperlakukan sedemikian?

 

Mereka cuma ingin masuk ke Parlimen bagi membahaskan berkaitan Ordinan Darurat, tetapi semua jalan masuk disekat oleh polis. Arahan siapakah semua itu?

 

Apakah semua ini akan menjadi sejarah hitam dalam institusi parlimen negara ini? kerana ingin mempertahan dan memperjuangkan hak yang diragut oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN), mereka yang mewakili rakyat bagi ahli parlimen masing-masing, terpaksa berpanasan.

 

Dengan terdapat beberapa ahli parlimen yang usianya tidak muda lagi, 90 lebih, diuji dengan kesihatan, apalagi yang dalam keadaan sarat mengandung juga pun berjalan sekali, tetap setia mempertahankan hak mereka sebagai wakil rakyat.

 

Boleh jadi dalam arena politik di negara mana pun, situasi seperti ini belum pernah terjadi. Barangkali, inilah satu-satunya negara yang memperlakukan wakil-wakil yang dipilih rakyat sedemikian rupa.

 

“Izinkan kami melaksanakan tanggungjawab kami di Parlimen,” kata Ahli Parlimen Segambut YB Hannah Yeoh. Aduhai, sungguh lucunya negara ini…

 

Sedarkah kita?

 

Bulan lalu, Yang Di-Pertuan Agong telah menitahkan supaya Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen. Tetapi, pihak kerajaan tidak mengikuti titah yang dikeluarkan itu.

 

Dengan menjadikan Covid-19 sebagai alasan, Speaker menutup parlimen kononnya nasihat daripada Ketua Pengarah Kesihatan. Benarkah begitu? Sedangkan ahli parlimen kerajaan berkumpul di rumah Perdana Menteri, tidak pula menjadikan hujah Covid-19 sebagai membatalkan tindakan itu.

 

Betapa ahli parlimen pembangkang khususnya dilihat bersungguh-sungguh mengikut arahan yang dititahkan Yang Di-Pertuan Agong, tetapi kerajaan yang memerintah, tidak mengambil kisah atau bahasa lainnya, tidak peduli langsung dengan apa yang dititahkan Baginda.

 

Siapakah yang ingkar arahan raja?

 

Sedangkan selama ini sedari kecil, kita diajar tentang ‘Kesetiaan kepada Raja dan Negara’, namun semua itu tidak diaplikasikan dengan sebaiknya oleh kerajaan yang ada kini.

 

Namun boleh pula Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Menteri Kesihatan Dato’ Sri Dr Adham Baba bermesyuarat di Parlimen semalam.

 

Persoalan mudahnya, mengapa double standard dan mencipta alasan sedangkan apa yang telah dititahkan raja sangat jelas.

 

Apakah kita sebagai rakyat hanya boleh melihat sahaja tanpa perlu meneruskan #HerdikanRakyat kepada kerajaan PN yang memerintah kini?

 

Rakyat masih dalam keadaan yang tidak menentu situasinya. Namun apabila wakil-wakil rakyat mereka ingin memperjuangkan hak kawasan yang diwakilinya, ahli-ahli parlimen itu dinafikan haknya.

 

Menurut seorang Peguam Puan Fadhlina Sidek di status Facebooknya menegaskan, “Ya, demokrasi itu bising. Kalau diam itu diktator.”

 

Jadi, yang manakah negara kita ini sebenarnya? 

 

Rakyat dibuli, mereka yang berkuasa tidak peduli!

 

Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 telah masuk bulan ketiga pada Ogos ini. Sepertinya tetap sama. Cuma bezanya, angka-angka kes terus naik, mendadak. Angka kematian juga terus meningkat.

 

Apa rasionalnya, segala bebanan terus dikenakan kepada rakyat tetapi wakil rakyat mereka tidak dapat memperjuangkan semua itu?

 

Pada minggu lalu, kita telah saksikan para doktor menuntut hak mereka dengan berhimpun. Seterusnya pada Sabtu lalu, sebahagian suara-suara rakyat diperjuangkan di jalanan demonstrasi dan terbaharu, semalam wakil-wakil rakyat pembangkang telah melakukan protes mereka di Dataran Merdeka.

 

Segalanya tentang kerajaan yang semakin jelas tidak kompeten apatah lagi nilai integritinya semakin hilang. Pelbagai reaksi rakyat dapat disaksikan di media sosial terhadap isu tersebut.

 

Antara yang menariknya di status FB Zainal Abidin Adlin:

Katanya, orang muda keluar berdemo sehari ramai yang bising nanti Covid-19 naik.

 

“Sedar tak dah lebih setahun diorang terpaksa duduk rumah tapi kes naik lebih sejuta juga. 8 ribu orang lebih sudah meninggal sebab Covid, sebab orang muda berdemo ke?”

 

Tambahnya, belum kira yang hilang pendapatan, yang bunuh diri, yang boleh diselamatkan tapi meninggal sebab hospital tak cukup kapasiti.

 

“Orang muda takde lah bodoh sangat sampai tak tahu Covid tu bahaya. Diorang sudah buat pertimbangan untuk menghadapi risiko keluar berdemo kerana bagi mereka, risiko ditadbir kerajaan yang tidak kompeten jauh lebih berbahaya daripada virus!”

 

Sekali lagi kata-kata peguam Fadhlina Sidek ini perlu diketahui kita semua:

 

“Ahli Parlimen tugasnya memang di Parlimen. Bukan bagi bakul makanan sahaja. Tangguh mesyuarat tidak bermakna mereka tidak boleh ke Parlimen. Mereka ada pejabat masing-masing dan berpuluh Jawatankuasa / select committee perlu hadir dan mesyuarat kena selesaikan.”

 

Menurutnya, terdapat banyak polisi dan RUU kena review dan push. Lainlah kalau MP ponteng Dewan, maka mereka memang MP yang ‘gagalis.’

 

“Ini peringatan yang baik untuk rakyat. Kaji dan ambil tahu tugas MP anda dan adakah mereka dilantik dalam mana-mana Jawatankuasa / select committee. Pastikan mereka hadir. Apatah lagi hadir ke Dewan Rakyat untuk bermesyuarat.”

 

Beliau turut menggesa, jangan sokong MP kaki ponteng dan bising di media sosial sahaja, tapi dalam Dewan senyap dan berbohong, juga yang bermulut puaka dan tiada manfaat dalam Dewan, apatah lagi yang seksis dan toksik.

 

“Ketika MP-MP tadi dihalang masuk ke pejabat, ada sekumpulan lain sedang bermesyuarat di parlimen khabarnya. Jika benar, mengapa double standard?,” soal Fadhlina dengan menambah bahawa jangan lupa yang berkumpul di Damansara dan Dewan Perwira, tunjuk sekali gambar kubur dan pesanan doktor. Baru fair!

 

Teruskan suara-suara kita

 

Jangan kita berhenti bersuara sehingga kerajaan yang berkuasa kini peduli tentang rakyat, sehingga angka kes pandemik Covid-19 turun. Apatah lagi mereka akur dan patuh titah raja itu.

 

Boleh saja rakyat tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan para doktor, anak muda juga ahli-ahli parlimen pembangkang yang berhimpun itu, begitu juga sebaliknya kerana itulah tanda demokrasi. Sesiapa pun boleh bersuara kerana itu adalah hak.

 

Kita sama-sama doakan agar mereka yang berjuang untuk mendapatkan hak yang sepatutnya itu dipermudahkan segalanya, boleh jadi dengan adanya kerajaan yang lebih baik selepas ini.

 

Ini kerana, kita sebagai rakyat punya peranan untuk mendapatkan kepimpinan negara yang lebih baik sebagaimana zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz yang sentiasa diidam-idamkan rakyat yang mengetahui kisahnya itu.

 

Ayuh bersama kita teruskan, kembalikan kedaulatan raja dan kesejahteraan negara kita!

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia