Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengucapkan jutaan tahniah ke atas Hanan Al Hroub dari Palestin atas kejayaan beliau memenangi Anugerah Guru Global 2016 anjuran Varkey Foundation dengan membawa pulang hadiah bernilai $1 juta (RM4.1 juta) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 14 Mac 2016.
Beliau yang mengajar di Samiha Khalil High School, al-Bireh, Palestin, dibesarkan di kem pelarian Bethlehem. Latar belakang tinggal di kawasan konflik melatih beliau menjadi pakar dalam menyokong kanak-kanak yang trauma akibat keganasan dan konflik sehingga mampu membawa para pelajarnya mencapai kejayaan dalam pelajaran.
Sesungguhnya, sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kawasan konflik tidak menghalang mereka, khususnya rakyat Palestin yang dijajah Zionis Israel untuk menempa nama dan mencapai kejayaan. Pengalaman dan kejayaan mereka ini amat perlu kita contohi dan teladani.
Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar
Pengerusi
Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)