Anugerah Faiz Subri Yang Menginspirasikan

Pemuda IKRAM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Mohd Faiz Subri yang telah berjaya merangkul Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 pada tanggal 10 Januari 2017 di Zurich, Switzerland.

Ucapan tahniah ini juga sewajarnya ditujukan kepada semua yang terlibat mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa yang bersejarah ini; sama ada isteri dan anak, ibu bapa, jurulatih, rakan sepasukan dan  seluruh warga peminat peminat bola sepak tanah air. Tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa pengorbanan yang tidak berbelah bahagi, usaha yang konsisten, sokongan yang padu, dokongan yang mantap semua pihak.

Anugerah Puskas FIFA adalah anugerah tahunan untuk jaringan gol yang terbaik dan tercantik dunia. Kemenangan yang julung kali untuk Malaysia dan  Asia ini meletakkan bola sepak negara sepentas dengan barisan pemain gergasi dalam sukan global yang paling popular ini.

Malah, ‘jaringan ajaib’ Faiz dalam Liga Super ini telah berjaya mengatasi ramai pemain idola dunia termasuklah Lionel Messi, Neymar, Saul, Daniuska Rodriguez dan Johnath Marlone.

Tiada alasan ahli sukan Malaysia tidak boleh mengatasi kehebatan pemain daripada Amerika Selatan, Eropah, Afrika dan seluruh dunia. Kita sebagai rakyat dan negara, mesti menjadikan lakaran sejarah yang mengujakan ini untuk terus maju ke hadapan.

Pemuda IKRAM dengan ini menyeru agar:  

1. Pihak bertanggungjawab melonjakkan lagi kualiti dan nilai tambah sukan negara, terutama bola sepak sebagai wadah untuk menaikkan jatidiri dan pemikiran positif rakyat Malaysia seluruhnya.

Peranan ini harus ditingkatkan lagi daripada semua peringkat; daripada Kementerian Belia dan Sukan, badan-badan sukan profesional seperti FAM sehinggalah kepada kelab-kelab sukan sekolah, taman-taman dan kampung-kampung.

Sukar untuk terus maju jika pihak bertanggungjawab dibelenggu dengan pelbagai masalah, krisis dan kontroversi seperti pelatihan dan alatan tidak cukup, pergelutan jawatan, konspirasi judi dan sebagainya.

Sukan adalah pasak penting menaikkan ‘morale’ negara. Malah, negara yang bergolak dengan perang seperti Palestin dan Iraq umpamanya, tidak ketinggalan menghantar pasukan bola sepak ke peringkat antarabangsa.  

Jesse Owens, pelari pecut Afro-Amerika terkenal dalam sejarah dalam menyahkan propoganda Adolf Hitler berkenaan Kehebatan Bangsa Aryan (Aryan Supremacy) ketika beliau merangkul empat pingat emas di Olimpik Berlin 1936.

Teringatkah lagi kita nama atlet yang telah merangkul dua pingat emas pertama Malaysia di Paralimpik Rio, Brazil 2016? Sudah semestinya kejayaan ini tidak direalisasikan tanpa infrastruktur, kelengkapan dan pengurusan yang berpadanan kepada sukan orang kurang upaya (OKU) negara.

Inisiatif pemerkasaan seperti ini tidak semestinya datang hanya daripada pihak kerajaan. Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (GEMA) umpamanya, pada 2015 pernah menjayakan kempen ‘Right To Play’ untuk meningkatkan sumbangan dan kesedaran kepada sukan OKU, khususnya melalui Futsal Orang Buta. Malah semua inisiatif ini patut dimulakan untuk peringkat umur seawal mungkin; umpamanya Akedemi Bola Sepak Kanak-kanak.

2. Rakyat Malaysia yang kaya dengan pelbagai latar belakang keturunan dan agama seharusnya menggunakan sukan sebagai wadah kesatuan untuk meraikan kepelbagaian yang ada.

Pada tahun 1970-an, sukan bola sepak telah berjaya menyatukan individu dari pelbagai kaum di Malaysia dalam satu perlawanan dengan semangat kesukanan menjulang nama Malaysia. Siapa tidak kenal nama nama legenda seperti Mokhtar Dahari (SuperMokh), Santokh Singh dan Soh Chin Aun.

Kita telah diimbau kembali detik-detik kemanisan yang telah menyatukan negara kita melalui filem ‘Ola Bola’ oleh Chiu Keng Guan pada 2016. Jika bola sepak boleh menyatukan sekurang-kurangnya 30 bilion warga dunia  menonton Piala Dunia setiap empat tahun, amat rugilah kita  tidak langsung nampak ruang ini untuk bersatu.

Sehubungan dengan itu, Pemuda IKRAM ingin memuji usaha baik Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan pelbagai kaum dan agama dalam menganjurkan Piala Bola Sepak Harmoni peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 18 hingga 19 Mac 2017.

Program ini dinaungi oleh Datuk Santokh Singh dan berkonsepkan perlawanan yang melibatkan pelbagai bangsa dalam satu kumpulan bola sepak. Hal ini, sekaligus membantu dalam mewujudkan kesatuan dalam diri setiap individu tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama.

3. Rakyat Malaysia perlu aktif terlibat dalam sukan, menjauhi aktiviti yang tidak sihat dan menitikberatkan kondisi tubuh badan serta gaya hidup yang sihat.

Aktiviti sukan boleh menjauhkan anak muda daripada aktiviti yang tidak bermanfaat dan merosakkan; umpamanya isu pornografi dan pedofilia yang telah mengejutkan negara dengan kes seorang pelajar Malaysia di London ditangkap dengan 30,000 gambar lucah kanak-kanak pada tahun 2015.

Menyedihkan juga tatkala kita didedahkan dengan fakta bahawa Malaysia memegang kedudukan pertama dalam masalah obesiti dalam kalangan negara-negara ASEAN. Malah, hampir separuh rakyat Malaysia berlebihan berat badan atau obes.

Rasulullah SAW pernah bersabda: “Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan”.

Ini antara sebab Islam mengajar umatnya agar menjaga kebersihan dan kesihatan fizikal selain iman. Pertalian antara kesihatan badan (fisiologi) dengan semangat dan keyakinan (psikologi) inilah yang telah mengunjurkan kepada ramai motivator nasihat untuk bersenam setiap hari; antara lain Anthony Robbins dan Robin Ben Sharma.  

Akio Morita, pengasas yang telah menaikkan nama Sony Corporation, Jepun daripada zaman Perang Dunia ke-2 juga telah menekankan sukan sebagai faktor untuk menanamkan semangat bersaing (competitive spirit).

Maka, selain daripada mengimbau kejayaan Faiz Subri merangkul Anugerah Puskas FIFA 2016, marilah kita padankan dengan nafas, semangat dan dinamika  baru pada awal 2017 ini. Apa lagi ditunggu-tunggu? Tiada alasan (No excuses)!

‘Hidup Sihat dan Majukanlah Sukan Untuk Negara’ demi melahirkan Malaysia yang lebih cerah masa hadapan.

Hj Shahrul Aman Mohd Saari
Pengerusi
Majlis Pemuda IKRAM
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Kredit foto: FB FIFA Football Awards

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia