Anjakan paradigma pendidikan dalam norma baharu

 

“Sejak 18 Mac yang lalu, ketika bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kita seolah-olah menerima sesuatu tekanan dan impak yang sangat besar kerana kita tidak pernah melalui pembelajaran dalam talian secara menyeluruh.”

 

“Kelazimannya, pelajar kita belajar secara berdepan di dalam bilik darjah,” kata beliau sebagai panelis dalam Nadwah Ibu bapa IKRAM MUSLEH yang bertajuk ‘Sinergi Ibu bapa dengan Pendidik dalam Penerusan Proses Pentarbiahan Anak dalam Norma Baharu’ anjuran IKRAM MUSLEH baru-baru ini.

 

Satu anjakan paradigma

 

Tambahnya, pihak sekolah sentiasa memikirkan secara serius bagaimana boleh melaksanakan pendidikan yang berkesan, bagaimana penerusan pendidikan dan pentarbiahan pelajar boleh berterusan dalam era COVID-19 ini.

 

“Melalui itu, kita dapati kebanyakan sekolah-sekolah kita mempunya akses atau kemudahan. Cuma apabila kita berada di luar, maka kekangan, hambatan yang guru-guru terpaksa hadapi dan ia merupakan cabaran baru kepada penerusan proses PdP (Pengajaran dan Pembelajaran) dalam talian.”

 

Menurut Isharuddin, sebenarnya kebanyakan pelajar di sekolahnya adalah anak-anak yang celik IT (Teknologi Maklumat), celik kepada teknologi terkini sama ada dalam bentuk media baharu seperti Whatsapp, Telegram atau Instagram.

 

“Apabila kita bersedia melakukan anjakan paradigma dan melakukan transformasi ini, alhamdulillah guru-guru di sekolah kita dengan mudah belajar dan terdedah kepada penggunaan IT atau inovasi terkini khususnya dalam dunia pendidikan,” jelas beliau.

 

Antara perkara yang ramai terlepas pandang jelasnya adalah perubahan yang berlaku kepada psikologi para guru dan prestasi mereka dalam mengendalikan kelas yang bukan lagi dalam bilik darjah.

 

“Dan ramai berpandangan, “senanglah boleh duduk rumah, mengajar je depan komputer” namun ramai yang tidak faham apa yang dilalui oleh guru,” ujarnya.

 

Kata beliau yang juga  AJK Pendidikan IKRAM MUSLEH, memang sekolah-sekolah IKRAM MUSLEH juga terkesan sebagaimana sekolah kerajaan dan ia tertakluk kepada peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia, demi memastikan keselamatan, perlindungan dan kebajikan, serta penerusan operasi sekolah berjalan seperti biasa.

 

Selain Isharuddin, dua panelis lain ialah perunding keluarga dan kanak-kanak, Hj Ahmad Shafiai Uda Jaafar dan Timbalan Pengerusi PIBG SRI Al-Amin Wilayah Persekutuan (SRIAAWP), Puan Khadijah Khalid, yang dikendalikan oleh CEO ARBA Foundation yang juga alumni SRI-SMI Hidayah Johor Bahru, Ustaz Azlan Shah Nabees Khan sebagai moderator.

 

PKP sebagai tempoh latihan

 

Puan Khadijah berkata, selepas 30 tahun, sistem MUSLEH melalui proses perkembangan yang sangat baik, bermula dari yang kecil, berkembang dengan fasiliti yang sangat baik dan sistem yang ditambah baik dari masa ke masa.

 

“Sebenarnya empat bulan tempoh yang dilalui itu adalah training kita membiasakan diri dengan keadaan baru ini di mana semua ada di rumah. Jadi apabila semua di rumah, ibu bapa dapat melihat dan pantau anak-anak.”

 

Beliau juga turut mengingatkan agar sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan yang terjadi berikutan daripada pandemik ini.

 

“Situasi yang terjadi ini boleh dikatakan sebagai cabaran dalam kebiasaan baru atau boleh jadi juga sebagai peluang atau disebut juga sebagai ‘learning moment’, sebagai contoh situasi yang dihadapi iaitu kekangan gajet, kekangan masa ibu bapa, disiplin dan rutin anak-anak, komitmen ibu bapa dan guru.”

 

Berikutan itu, ibu bapa perlu memainkan peranannya iaitu penglibatan ibu bapa dari hari pertama lagi situasi ini terjadi dan mereka juga perlu memahami target dan objektif tarbiah berlandaskan muwasafat tarbiah.

 

Situasi baharu pembelajaran

 

“Allah mengajar kita dengan situasi baru ini, kita sepatutnya benar-benar boleh menukar kepada satu situasi baru iaitu Student Centred Learning (SCL), dengan sistem maklumatnya yang berada di mana-mana, sebelum ini pelajar hanya mengetahui dan melalui Teacher Centred Leaning,” kata Ahmad Shafiai.

 

Menurutnya, norma baharu, budaya baru, paradigma baru yang dilalui ini terdapat tiga karakter padanya iaitu proaktif, neon classroom dan juga sharing melibatkan guru, pelajar dan ibu bapa.

 

“(Sebagai contoh) My Quran Time yang dikendalikan Tn Fazrul Ismail berkonsepkan paradigma,” ujarnya yang dikenali sebagai Pak Utih.

 

Menurutnya, sebelum bersiaran, beliau (Fazrul) akan memberikan makluman dan mengajak pembaca memberikan komentar terhadap status yang dibuatnya. Ketika sesi berlangsung, beliau juga memantau komen-komen yang diberikan dan sering kongsikan info.

 

“Dan situasi sebeginilah yang perlu diikuti oleh para pendidik agar menjadi daya penarik kepada murid-murid.”

 

Nadwah Ibu Bapa IKRAM MUSLEH secara dalam talian yang julung kali diadakan ini bertujuan meningkatkan keberkesanan inisiatif dan program tarbawi untuk pelajar sekolah-sekolah rangkaian IKRAM MUSLEH serta mengukuhkan semangat ukhuwah Islamiah dalam kalangan warganya ke arah membina generasi rabbani.

 

Video penuh Nadwah: https://bit.ly/39j9D6a

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia