Anggota MISI2 ke Syria bawa bantuan RM1.5 juta

Misi IKRAM for Syria Kedua (MISI2) ini diketuai Haji Norazmi Talib, Ahli Lembaga Pengarah i4S telah berlepas  dari KLIA ke Istanbul, mengambil penerbangan tempatan ke Hatay seterusnya melalui perjalanan darat ke kem pelarian Syria di sempadan Turki-Syria, seterusnya akan menuju ke Syria.

Anggota misi yang lain ialah Hj Haron Mohd Yusof (IKRAM Lembah Pantai), Ir Dr Faizul Amri Adnan (Pengerusi Aqsa Syarif Johor), Ustaz Abdul Haris Bain (Wakil Presiden IKRAM di Mesir), Ustazah Rosmawati Abdul Wahab (Penasihat Kelab IKRAM Mesir) dan Pn Mazenah Abu Bakar (IKRAM Sepang).

Turut serta dalam misi ialah seorang remaja, Sdr Ahmad Zahid Faruqi yang juga Ketua Umum, SMI Hira’, Jeram, mahasiswa daripada IKRAM Northwest yang juga Pengarah Israa’ Institution UK-Eire, Sdr Musaini Ramlee dan mewakili belia ialah Sdr Abdul Mu’iz Shafruddin (Aktivis Youth Change Movement) dan Sdr Ahmad Husni Mohd Ali (Aktivis media).

Seramai tujuh anggota misi bertolak ke Istanbul dari Malaysia sementara Ustaz Abdul Haris dan isteri Ustazah Rosmawati telah bertolak dari Mesir dan Musaini bertolak dari UK. Turut hadir mengiringi keberangkatan anggota misi di KLIA ialah Timbalan Pengerusi i4S, Dr Mohd Tahir Abd Rahman dan anggota keluarga mereka.

Anggota MISI2 dijangka kembali ke Malaysia pada Isnin 9 Disember ini. Doakan misi tersebut berjaya  seterusnya dapat membantu rakyat Syria dalam menghadapi cabaran peperangan dan musim sejuk ini, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia