Anggota misi ke Nepal rasai gegaran gempa bumi

Mesej beliau berbunyi:

Allahuakbar! Baru saja experience gempa bumi. Org lari bertempiaran mencari kawasan lapang (berhampiran Vaesali Hotel). Dah 5 minit, bumi masih lagi seperti berombak.”

Pada malamnya, beliau tidur di kawasan Masjid Jame Nepali, Ghantaghar kira-kira 20 minit dari Lapangan Terbang Kathmandu.

Selepas gempa bumi kedua, sebanyak dua kali berlaku ‘aftershock’ (gegaran kecil) selang dua jam selepas pukul 12 malam waktu tempatan (GMT +5.45), pada pukul 2.00 pagi dan 4.00 pagi.

Pertemuan beliau dengan wakil IMAN (Islamic Medical Association Nepal) bagi menyampaikan bantuan pek makanan telah ditangguhkan sehari kerana gempa bumi semalam.

Sementara itu, pasukan misi kedua (MMN2) yang dianggotai dua orang, Akmar Hisham Zulkifli dan Mohd Zulfadhli Mohd Zin selamat bertolak dan mendarat semalam selepas penerbangan ditangguhkan selama 30 minit kerana gempa bumi berulang lagi.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia