Anak atau gajet?

Abad ini, gajet telah mendominasi kehidupan manusia. Baik anak muda mahupun golongan orang tua, gajet sudah menjadi keperluan penting bagi mereka. Sememangnya kita tidak dapat menyangkal begitu banyak faedah yang kita ambil melalui penggunaan peranti ini.

 

Walau bagaimanapun, penangan gajet mampu merenggangkan hubungan antara ibu bapa dengan anaknya. Anak tidak lagi mendapat perhatian sepenuhnya, padahal amanah daripada Allah dituntut untuk dijaga dengan sebaiknya. Setiap orang tua akan disoal oleh Allah berkenaan tanggungjawab mereka terhadap anak tersebut.

 

Tidak sedikit saya saksikan para ibu bapa tidak cakna terhadap perkara ini. Sejak dari kecil lagi, si anak dipaparkan perihal gajet tanpa kawalan. Mereka menyangka dengan cara begitu dapat membuat anak diam berjam-jam lamanya. Sementara si ibu dan ayah pun sibuk dengan gajet masing-masing. Allahul musta’an.

 

Padahal semasa anak kecillah memerlukan perhatian yang lebih banyak daripada orang tuanya. Betapa cuainya ibu bapa hari ini. Apa yang anak lihat dan belajar ketika ia kanak-kanak dahulu, itulah yang akan menentukan bagaimana tumbuh besarnya kelak.

 

Kalau ibu bapa mendambakan seorang anak yang rajin beribadah, suka berdamping dengan buku dan belajar, ringan tangan dalam membantu pekerjaan rumah, ibu bapalah yang mesti menjadi orang terawal memberikan contoh-contoh sedemikian kepada anaknya.

 

Sementelahan, Rasulullah pernah bersabda, “Tidaklah seorang anak yang dilahirkan melainkan dalam keadaan fitrah, maka kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau musyrik.” (HR Imam Muslim)

 

Ini bermakna, peranan ibu bapalah yang utama dalam membentuk keperibadian anaknya. Jangan bergantung kepada sekolah atau madrasah semata-mata dalam pendidikan anak-anak kita jikalau di rumah sendiri mereka tidak diendahkan.

 

Apabila seorang anak itu diabaikan oleh kedua-dua orang tuanya, berkemungkinan besar ia akan merosakkan kestabilan emosinya.

 

Sebab itu sering kita saksikan terdapat anak yang begitu degil walhal umur baru empat tahun, tidak tahu menghormati orang lain, mengamuk jika dilarang melakukan sesuatu yang kurang elok dan seumpamanya. Tidak terbayang di benak bagaimana fasa dewasanya kelak, mesti memiliki akhlak yang sangat buruk andai tidak dicegah dari awal.

 

Wahai ibu bapa, jangan kerana gajet, anak jadi terlantar. Tidak salah untuk mengikuti perkembangan semasa di media sosial tetapi usahlah berlebihan. Ingatlah amanah yang Allah titipkan buat kamu untuk diperlakukan dengan cermat.

 

Ketika anak-anak kamu masih kecil, kamulah yang ia jadikan sebagai teladan. Kadang mereka enggan mengikuti arahan kamu, bukan sebab keras kepala tetapi apa yang kamu perintahkan itu, kamu sendiri tidak mengerjakannya. Anak lebih cenderung melihat berbanding dari mendengar. 

 

Jikalau hari ini anak kamu lebih banyak menghabiskan masa bersama gajet, itu berpunca daripada diri kamu sebagai ibu bapanya. Berubahlah menjadi orang tua yang berdisiplin. 

 

Kurangkan pemakaian gajet, imarahkan aktiviti yang merangsang perkembangan anak. Rajinlah berbual-bual dengan anak. Peluk dan ciumlah anak anda sekerap mungkin. Belailah mereka dengan penuh kasih sayang.

 

Sekiranya anda mengasuh dan mendidik anak bagaikan menatang minyak yang penuh, insya-Allah itulah simpanan paling bernilai buat anda di akhirat nanti.

 

Rasulullah SAW mengatakan, “Apabila matinya seorang anak Adam itu, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.” [HR Imam Muslim]

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia