Amin Idris, Dr Zaharuddin, Yasin bakal serikan iftar perdana

Bertemakan “Jouney to Jannah”, MIPHC yang akan diadakan di Dewan Tun Abdul Razak, Bank Rakyat Convention Centre bermula jam 5.00 petang hingga 10.00 malam ini turut disertai Nur Warjeet dan Nurul Lim yang merupakan saudara baru sebagai panelis forum berkenaan.

Oleh itu, pihak penganjur iaitu Hidayah Centre Foundation (HCF) telah membuka peluang kepada orang ramai untuk menyumbang tajaan berbuka puasa bagi meraikan saudara baru di seluruh Malaysia pada bulan Ramadan akan datang dalam MIPHC yang mensasarkan penyertaan seramai 1,500 orang termasuk para menyumbang.

Antara objektifnya adalah untuk meraikan saudara baru dari pelbagai latar belakang, memperkenalkan keindahan ibadah berpuasa dalam bulan Ramadan, membuka peluang kepada masyarakat untuk meraih pahala dalam bulan Ramadan dan mengumpulkan dana bagi membiayai kos pengurusan saudara baru, kos operasi serta program dakwah HCF.

“Seperti tahun-tahun lepas, kami tidak meletakkan tarikh akhir untuk menyumbang kerana ada penyumbang yang masih ingin menyumbang walau selepas bulan Ramadan”, jelas Pengarah Unit Program HCF, Zun Arif Hakim Abdul Rahman dalam sidang media MIPHC pada Rabu lalu.

“Program ini juga akan berlangsung di beberapa negeri lain seperti Melaka, Johor, Terengganu, Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak antara 10 hingga 17 Jun,”tambahnya.

HCF turut menjemput komuniti korporat dan individu untuk bersama-sama dalam menjayakan penganjuran majlis ini.

Turut hadir  dalam sidang media Bendahari HCF, Ir Hj Wan Ahmad Nizar Zakaria dan Pengarah Urusan HCF, Hj Abdul Rahman Kassim serta para pegawai HCF dan mualaf termasuk saudari Nurul Lim.

Untuk sumbangan, orang ramai boleh membeli atau menaja meja yang bernilai RM10,000, RM5,000 dan RM3000 untuk pakej Emas, Perak dan Gangsa. Setiap meja akan mempunyai 10 buah kerusi. Tajaan atau belian untuk sebuah kerusi pula berharga RM1,000, RM500 dan RM300 untuk pakej Emas, Perak dan Gangsa.

Transaksi kepada Hidayah Centre Foundation boleh dibuat ke akaun Maybank 5622 0962 4421, Bank Islam 1211 3010 0494 33 dan Bank Rakyat 1104 6100 0356.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Facebook Hidayah Centre atau Whatsapp ke 010-3206822.

Lagi info: Web HCF | FB HCF | FB MIPHC

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia