Pertubuhan IKRAM Malaysia berasa terkejut dan sedih atas pemergian Dr Nida Fatin Mat Asis yang terlibat dalam kemalangan di Papar, Sabah semalam.
IKRAM mengucapkan takziah kepada suaminya, Dr Abdullah Shamsir Mokti, kaum keluarga serta IKRAM Sabah atas kehilangan sebutir permata yang amat bernilai ini.
Almarhumah Dr Nida merupakan Bendahari IKRAM Daerah Putatan dan seorang aktivis IKRAM yang gigih menggerakkan dakwah semenjak di United Kingdom lagi bersama-sama dengan IKRAM UK & Eire.
Mari kita sama-sama berdoa agar Almarhumah ditempatkan bersama para syuhada’ dan solihin.
Kita yang sedang menunggu giliran hendaklah mengambil iktibar untuk meningkatkan amal kita secara berterusan kerana kematian itu boleh datang pada bila-bila masa.
Jawatankuasa Pusat (JKP) IKRAM akan diwakili oleh Setiausaha Agungnya, Hj Nahar Md Nor ke majlis solat jenazah di surau berhampiran rumah keluarganya di Setia Alam, Selangor pada pagi ini.
Hj Nahar Md Nor
Setiusaha Agung
Pertubuhan IKRAM Malaysia