Alam sekitar dan murid 6 Amanah

“Baik anak murid. Hari ini kita akan buat karangan yang bertajuk Langkah Mengatasinya Pencemaran Alam Sekitar,” bicara Cikgu Siddiq di hadapan 30 anak murid SK Lambuk, sekolah pedalaman yang terletak agak terpencil di timur semenanjung tanah air.

 

Hurm…,” keluh Farid sambil matanya merenung jauh ke luar tingkap bilik darjah 6 Amanah.

 

Farid merupakan seorang pelajar yang tinggal di dalam sebuah rumah kecil berhampiran tanah warta hutan simpan, hutan yang diwartakan sejak puluhan tahun kerana kepelbagaian flora dan fauna nya.

 

“Kenapa Farid? Apa yang kamu keluhkan itu? Macam ada masalah besar cikgu tengok, kalah Yang Berhormat, hahaha,” Cikgu Siddiq cuba berseloroh untuk menenteramkan anak didiknya itu yang kelihatan agak sugul apabila diminta membuat karangan tersebut.

 

Pertanyaan cikgu Bahasa Melayu kesayangannya itu dibalas dengan mengukir satu senyuman pahit di wajah. Lantas, dia mencapai sebatang pensil 2B pemberian Pak Cik Hamid, ayah Farid dan terus memulakan kerja penulisan sepertimana yang diarahkan.

 

Tiga bulan yang lepas, satu kejadian banjir besar dan tanah runtuh telah melanda di kawasan Kampung Lambuk dan sekitarnya. Banjir pada kali ini menurut penduduk setempat adalah yang paling teruk dalam sejarah. Banjir itu telah mengorbankan belasan nyawa dan memusnahkan hampir kesemua harta benda penduduk yang terlibat.

 

Malapetaka ini turut memusnahkan rumah kecil tempat Farid bersama empat lagi ahli keluarganya yang lain berteduh dan menyemai kasih sayang. Sekarang, mereka terpaksa menumpang di kejiranan mereka dan terpaksa meminta belas ihsan jirannya itu untuk meneruskan kehidupan sambil menunggu janji-janji manis Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang entah sampai sekarang tidak kunjung tiba.

 

Di samping itu, kejadian ini juga menjejaskan dan melumpuhkan sebahagian Kampung Lambuk. Tiang-tiang elektrik terputus, jambatan yang menghubungkan bandar dan kawasan setempat telah roboh akibat dihentam pokok balak spesis Neobalanocarpus heimii atau lebih dikenali sebagai pokok cengal, spesis balak yang amat popular di Semenanjung Malaysia, Singapura dan Thailand.

 

“Cikgu, kenapa orang dewasa tidak menulis karangan seperti kita hari ni?”

 

Suasana kelas yang tadi sunyi sepi dek kerana kekhusyukan murid menyiapkan tugasan tiba-tiba dipecahkan dengan soalan spontan daripada Farid. Semua mata tertumpu ke arah budak lelaki 12 tahun yang berbadan agak kurus dan berkemeja sekolah yang lusuh itu.

 

Erkkk… Eh, mereka pun juga ada membuat karangan seperti kamu!” Balas Cikgu Siddiq dengan mata terkebil-kebil kebingungan akibat terkejut dengan soalan yang ‘mencabar’ tersebut.

 

“Kalau macam tu, kenapa orang dewasa ada yang membuang sampah di merata-rata? Kenapa orang dewasa menebang hutan macam hutan di belakang rumah saya tu sampai.. ss.. sa… saya… dah tak ada rumah sekarang……?” Farid cuba menahan kesedihan apabila mengajukan soalan tersebut kepada gurunya.

 

Sedih dan geram sebenarnya.

 

“Anak murid yang cikgu sayang semua. Dengar sini cikgu nak bagitahu. Nanti bila kamu dah dewasa, kamu dah berjaya, jadi orang kaya lagi ternama ataupun kamu jadi orang berkepentingan seperti ketua syarikat dan wakil rakyat, kamu kena ingat balik karangan kamu hari ini, apa yang kamu tulis semua tu.

 

“Barulah kamu tidak menjadi orang dewasa seperti mereka yang telah memusnahkan kampung kita,” ujar cikgu Siddiq sambil berdiri menuju ke tengah-tengah kelas.

 

“Bila kamu dewasa nanti, kamu mesti berpegang pada nilai dan integriti atau bahasa mudahnya kamu kena amanah pada alam ini. Haa.. macam nama kelas kita ni, 6 Amanah. Seperti kita lihat pada hari ini, sudah banyak kempen alam sekitar yang dibuat, tapi kenapa masih ada pencemaran dan kerosakan alam, betul kan?”

 

Anak murid 6 Amanah mengangguk serentak.

 

“Sebab itu, alam ini perlukan kita yang amanah menjaganya. Kalau nanti Amin dah jadi menteri, janganlah bagi projek pembalakan sesuka hati ya. Jangan nak cepat kaya tau.”

 

“Baik cikgu. Amin akan jadi menteri yang sayangkan pokok!” Balas Amin, ketua kelas 6 Amanah dengan penuh bersemangat.

 

“Ayra pula. Nanti kalau kamu dah kaya jangan pula kamu jadi tamak sampaikan kamu gadaikan warisan nenek moyang kita ni. Hutan itu semua adalah tinggalan dan anugerah yang tiada galang ganti. Ingat ya,” mutiara nasihat diutuskan Cikgu Siddiq buat Ayra merangkap bendahari yang paling garang di SK Lambuk.

 

“Saya akan marah mereka yang cuba bagi rasuah kat saya, cikgu!” Balas Ayra dengan wajahnya yang garang itu.

 

“Bagus Ayra. Murid-murid, siapa pun kamu bila dewasa nanti, tetapkanlah diri kamu atas kebenaran ya. Teguhkan jiwa kamu dan hiduplah dengan prinsip agar kamu tidak mudah goyah. Jaga alam dan hutan kita ini baik-baik.”

 

“Nanti kita tak nak cucu cicit kita lukis gajah tapi bentuk kucing sebab tak pernah tengok gajah pun dalam hidupnya. Betulkan Farid?” Sengaja Cikgu Siddiq mengakhiri nasihatnya itu dengan menegur Farid yang kelihatan masih lagi termenung, tetapi tenungannya kali ini lain, penuh bersemangat.

 

“Ah…? Ya cikgu,” balas Farid sambil tersenyum ikhlas.

Ringgg!!!!”

 

“Baiklah anak murid. Loceng pun dah berbunyi. Masa cikgu dah tamat. Amin, nanti kumpulkan buku dan esok hantarkan di atas meja cikgu di bilik guru ya. Ok semua, Assalamualaikum,” Cikgu Siddiq mengakhiri jadual tugasan mengajarnya pada hari itu.

 

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Surah ar-Rum: 41)

 

Muhammad Ashrul Affiq Abd Halim

Penafian: Watak, latar tempat dan jalan cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tiada kena mengena dengan unsur luar.

Kredit foto: mStar

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia