Al-Quds: Malaysia tuan rumah persidangan antarabangsa LP4Q

LP4Q adalah kumpulan bebas antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 2015 yang bertujuan mengaktifkan peranan anggota Parlimen dalam menyokong hak asasi manusia Palestin mengikut undang-undang antarabangsa,” kata Setiausaha persidangan, Hj Shahrul Aman Mohd Saari.

 

Selain itu, tambahnya, LP4Q bekerjasama dengan ahli-ahli Parlimen dari seluruh dunia untuk perundingan, koordinasi dan kerjasama mengenai isu-isu Palestin.

 

“LP4Q telah berkembang sejak 2015 daripada 125 Ahli Parlimen di 25 negara, kepada 700 ahli Parlimen di 70 buah negara pada 2018 dan kira-kira 3,000 ahli Parlimen telah menandatangani Ikrar Al-Quds/Baitul Maqdis,” jelas beliau.

 

Menurut Shahrul Aman, persidangan antarabangsa ini akan berlangsung di One World Hotel, Bandar Utama, Petaling Jaya yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

Telah berlangsung dua kali di Istanbul pada 2016 dan 2018 sebelum ini yang dirasmikan oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan, persidangan kali ini dianjurkan LP4Q yang dinaungi oleh Parlimen Malaysia dengan sokongan NGO-NGO seperti PCOM, QFM, IKRAM, ABIM, HALUAN, MyCARE, MAPIM dan banyak lagi.

 

“Bagi pihak penganjur, kita menyasarkan kira-kira 500 orang ahli Parlimen termasuk Yang Dipertua Dewan (Speaker) dari seluruh dunia akan hadir ke persidangan ini,” katanya.

 

Berpusat di Istanbul, LP4Q kini diketuai oleh Presidennya, Sheikh Hamid bin Abdullah Al-Ahmar dari Yaman bersama 11 orang Ahli Jawatankuasa termasuk wakil Malaysia iaitu Ahli Parlimen Ledang, YB Syed Ibrahim Syed Noh.

 

Maklumat lanjut mengenai LP4Q dan aktivitinya boleh dilayari melalui saluran -saluran berikut:

 

Laman web: parliament-quds.org/site
FB: fb.com/parliament.quds
LP4Q Malaysia: fb.com/LP4Quds.Malaysia

 

#LP4Q
#LP4Quds

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia