SRAH menerima anugerah dalam kategori Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) sementara SMAH menerima anugerah dalam kategori Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR).
Anugerah telah disampaikan oleh DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Mu’izuddin Shah, turut berangkat, DYMM Raja Perempuan Perak Raja Zara Sofia di Dewan Saidina Abu Bakar, Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) di Ipoh, Perak.
Tahniah kepada SRAH dan SMAH Ipoh! Semoga rangkaian sekolah-sekolah IKRAM-MUSLEH sentiasa meneruskan kecemerlangan insyaa-Allah.
Lagi foto majlis: http://on.fb.me/1vQOAOm