Jika aku berhenti sekarang, apa akan jadi?

Berhenti kerja waktu kemuncak kerjaya bukanlah perkara mudah yang boleh difikir sehari dua. Kadangkala penilaian risiko bertahun-tahun juga akan gagal jika jarum kompasnya hanya teralih satu darjah.

 

“Jika aku berhenti sekarang, apa akan jadi?”

 

Pengalaman berharga

 

2018 adalah tahun paling berharga buat saya. Jika diulang pengajian ijazah tiga kali, belum tentu saya dapat belajar menjadi manusia yang lebih manusiawi.

 

Waktu itu saya putuskan untuk berhenti kerja selepas berkhidmat mengurus media sosial dan pemasaran milik VIP di salah sebuah pulau terkemuka di Pantai Timur. 

 

Walaupun diberikan peluang luas dalam berkarya, tapi kehidupan ‘orang darat’ jodohnya agak pendek dengan ‘syurga dunia’.

 

Bekerja dengan orang atasan yang bukan memihak kepada kita dan politik pejabat yang dahsyat juga antara gelora yang perlu saya kemudi walaupun dalam masa yang sangat singkat.

 

Rutin kerja dengan berulang alik ke pulau dan bermalam di tanah persendirian yang punya air terjun sendiri adalah impian ramai orang. Berhubung dengan Instafamous dan bicara bahasa asing juga adalah salah satu tugas harian yang biasa-biasa buat saya. 

 

Kurangnya, sebahagian daripada mereka hanyalah jiwa kosong yang hanya inginkan pulangan tanpa ada kiblat iman dan akhlak. Mungkin saya melepaskan peluang hidup paling agung seperti ramai orang impikan. 

 

Menjadi baik di daerah gasar memerlukan nafas panjang, stamina kuat dan hati yang keras untuk tinggal lebih lama. Saya mungkin tidak akan menua menjadi orang yang saya sekarang ini jika saya masih di daerah itu. Saya mungkin seorang pelari maraton di daerah gasar yang hatinya keras. Itu bukan saya.

 

Saya namakan garis masa pendek ini sebagai pengalaman pahit yang paling manis.

 

Nilai rezeki

 

“Is, kau bawa Grab okey tak?” Walaupun kenalan bernama Is ini jauh lebih muda daripada saya, tapi dia nampaknya lebih matang dalam membuat keputusan sebagai anak kampung.

 

Konspirasi pejabat yang akhirnya membuat dia mengalah dan berhenti, membuatkan saya kagum dengan ikhlasnya hati dan kentalnya jiwa orang merantau.

 

Ini adalah kali kedua dalam tahun yang sama saya beranikan diri mencuba mencari rezeki halal untuk keluarga. Keberanian sebenarnya adalah ‘pemandu’ yang paling cekap dalam kota raya Kuala Lumpur. 

 

“Tanpa keberanian, impian tak akan jadi kenyataan.” Betul kata Afdlin Shauki dalam salah satu cereka arahannya.

 

Waktu ini, keimanan kita akan teruji dengan perletakan pintu-pintu rezeki yang Allah sediakan. Adakah nilai rezeki itu pada apa yang kita kerjakan atau nilai angka yang tercetak dalam ruangan debit akaun setiap bulan? 

 

Walaupun garis masa yang pendek atau panjang, diri kita akan dihenyak dengan pelbagai persoalan yang akan melelahkan setiap hari.

 

Berikan peluang pada diri untuk duduk dan bukan untuk berfikir, tapi berehat sebentar untuk lunaskan lelah bagi meneruskan perjalanan hidup yang masih jauh.

 

Puasa paling sibuk

 

Ramadan 2018 juga bulan puasa paling sibuk pernah saya habiskan. Memandu Grab sepanjang hari dan memaksa berhentikan pemanduan jam lima petang, setiap hari. Kali ini,  saya punya misi bersama pertubuhan NGO menyelamatkan makanan lebihan di Bazar Ramadan daripada dibuang. 

 

Membentuk masyarakat dengan nilai baik adalah cabaran dan kerja yang memakan masa. Rakyat Malaysia terkenal dengan dengan pelbagai jenis makanan waktu Ramadan.

 

Tapi perkara yang kita selalu terlepas pandang ialah pembaziran makanan yang dijual di gerai-gerai. Air terutamanya banyak dibuang terus ke longkang jika tidak habis dijual setiap hari di Bazar Ramadan.

 

Bayangkan, ada satu hari pungutan air dan makanan kami mencecah 100 kilogram! 

 

Makanan lebihan daripada gerai yang tidak dijual ini kami salurkan pada asnaf, anak yatim sekolah asrama, dan masjid berdekatan untuk dijadikan makanan sahur atau moreh selepas solat tarawih.

 

Walaupun aktiviti bulan Ramadan ini dekat dengan masyarakat Muslim, saya juga berjumpa rakan Cina dan India dalam misi menyelamatkan makanan daripada dibuang begitu sahaja.

 

Menyelamatkan makanan bukanlah isu tempatan dan spesifik untuk sesuatu agama dan kaum, malah ia adalah isu global. Setiap hari pada tahun 2018, penduduk dunia membuang lebih daripada 42.8 juta tan makanan berlebihan ke tong sampah.

 

Mendidik masyarakat juga sebenarnya bukan tanggungjawab orang lain, ia juga adalah tanggungjawab kita sebagai sebahagian daripada masyarakat.

 

Pelajaran hidup

 

Bersedia atau tidak untuk menerima pelbagai hentaman dalam hidup juga mendidik kita untuk menerima ilmu baharu untuk kesediaan masa hadapan. 

 

Mungkin yang membaca merasakan ia adalah perkara biasa dan mudah untuk semua orang. Tidak, ia adalah proses berbeza untuk setiap orang. Perlahan atau laju proses ini bergantung pada keadaan mental dan sokongan orang sekeliling.

 

Alhamdulillah, walaupun ada waktu-waktu yang saya tidak dapat menahan kekuatan mental dan emosi, tetaplah beri peluang pada diri untuk menjalani proses pembelajaran hidup dengan deras dan rentak yang boleh kita ikuti.

 

Perubahan waktu dan peralihan usia memberi kesan dalam seluruh peraturan hidup dan kesiapsiagaan diri. Belajarlah perkara baharu setiap hari untuk beri peluang pada diri kita menyimpan ilmu dan menjana fungsi otak yang cergas setiap masa.

 

Waktu terdesak tidak akan memberikan kita amaran untuk menggunakan ilmu kehidupan. Jika kita selalu bersedia membenarkan diri menyerap ilmu dan selalu membaca, ia pasti akan membantu kita untuk terus maju ke hadapan.

 

Muhd Khairulanuar Mohd Salleh

Artikel ini telah memenangi hadiah Pertandingan Menulis Artikel sempena Bengkel Jom Menulis! pada 11 Disember 2021 anjuran Jabatan Penyiaran dan Komunikasi IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia