Keprihatinan Seorang Raja

Isu ini berat, soal akidah, Allahuakbar. Sungguh, saya nak kongsi pun rasa serba salah, bimbang ada yang salah faham, yang kecil hati. Tapi ini tanggungjawab, amanah ilmu, memang kena kongsi juga tentang pemakaian kita.

Islam ini agama yang mudah saja. Pakailah apa pun, asalkan tutup aurat sempurna. Pakailah apa pun asalkan tidak menyerupai sesuatu kaum yang Allah murkai.

Saya tak nak sebut tentang spesifikasi tutup aurat. Rasanya semua pun tahu untuk perempuan, semua kena tutup kecuali muka dan tapak tangan.

Kali ini, saya nak sebut tentang aspek yang satu lagi, tentang pemakaian yang menyerupai kaum yang Allah murkai, tentang tasyabbuh.

Baik, saya nak kongsi tentang dua cerita.

Cerita pertama

Masa salah satu program yang saya anjurkan, pernah sekali pasukan minta adakan tema fantasi. Maka meriahlah dewan dengan ratusan kostum pakaian. Yang pakai macam Cinderella, Snow White, Harry Porter, Hang Tuah… ya meriah!

Saya sendiri pakai serba putih ala-ala Puteri Gunung Ledang. Suka-suka saja semuanya, sekadar meraikan kecenderungan kanak-kanak yang mudah tertarik pada dunia warna-warni dan fantasi. Teruja!

Yalah, bukan selalu dapat berpakaian seperti ini. Barangkali seumur hidup, sekali.

Saya lihat beberapa orang sahabat memakai pakaian ahli sihir. Saya telan air liur, mula rasa tidak sedap hati. Mereka sedang teruja nak bergembira, maka saya diam saja kerana tidak mahu rosakkan mood mereka dengan teguran saya.

Namun kemudian, saya terkejut apabila pemenang bagi kategori kostum paling menarik jatuh pada yang pakai pakaian ahli sihir. Allah! Apa dah jadi pada juri?

Memang pakaiannya menarik, mekapnya juga real, tampak garang dan jahat. Sesuailah dengan watak yang dibawanya itu. Tapi…

“Kenapa bagi ahli sihir menang? Tahu tak sihir adalah sesuatu yang Allah haramkan? Kenapa angkat watak jahat sebagai pemenang? Kita tak boleh kawal pakaian orang lain tapi kita boleh pilih siapa yang boleh kita jadikan contoh. Kenapa pilih ahli sihir?!”

Ya, memang ketika diumumkan pemenang, saya senyum saja sampaikan hadiah tapi hati saya berdarah! Saya diam kerana tidak mahu merosakkan mood ceria majlis tapi malam itu ketika mesyuarat post-mortem AJK, saya terus suarakan rasa tak puas hati saya.

“Bonda, yang pakai kostum ahli sihir tu, al-hafizah tau.”

Allah… lagi dalam luka saya!

Ternyata ilmu agama, al-Quran 30 juzuk dalam kepala pun kadang tidak mampu membantu kita mendapatkan sensitiviti ini. Lalu, sejarah silam terimbas kembali.

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia