Aktiviti IKRAM Negeri

Selamat datang ke laman info Aktiviti IKRAM Negeri. Segala maklumat
berkaitan aktiviti IKRAM di cawangan negeri boleh didapati di sini

AKTIVITI IKRAM JOHOR

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh IKRAM Johor: Program Wanita IKRAM Program Kemasyarakatan Jom Jadi Bijak Ceramah & Majlis Ilmu Jom Usrah (JUS) Comparative Religion Sharing

Berkhitan amalan para nabi


KOTA BHARU – Seramai 23 remaja lelaki bersama ibu bapa masing-masing telah memenuhi Masjid Mukim Tapang, Kota Bharu, Kelantan bagi menyertai program berkhitan beramai-ramai mulai jam 8.00 pagi pada 3 Disember 2011.

SUPERB IKRAM Johor memang ‘superb’!

JOHOR BAHRU – Bersempena hari keputeraan Sultan Johor, Duli Yang Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada hari Selasa 22 November yang lalu, Jawatankuasa Pemuda Remaja Belia (JKPRB) Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Johor telah menganjurkan Sukan Pemuda Remaja Belia (SUPERB) IKRAM Johor. Kejohanan telah dilangsungkan di Institut Kemahiran MARA Johor Bahru dengan JKPRB Bandar Raya Johor Bahru bertindak sebagai tuan rumah.

Berita Negeri

Daurah Belia IKRAM Selangor perkasa dakwah belia

GOMBAK – Daurah Belia IKRAM Selangor telah diadakan buat julung kalinya oleh Pemuda IKRAM Selangor pada Ahad 30 Oktober lalu di Sekolah Al-Amin Gombak. Lebih 130 peserta terdiri daripada belia seluruh Selangor mengikuti program sehari ini.

Berita Negeri

Seminar Wanita dan Syariah dapat sambutan hangat

SHAH ALAM – Wanita IKRAM Selangor dan Wanita JIM Selangor telah menganjurkan Seminar Wanita dan Syariah di Auditorium Daeng Chelak di Muzium Sultan Alam Shah di sini pada Ahad 23 Oktober lalu, yang mendapat sambutan hangat daripada para peserta.

Berita Negeri

Hebahan: Daurah Belia IKRAM Selangor 30 Oktober ini

SERI KEMBANGAN – Belia IKRAM Selangor buat pertama kali akan mengadakan Daurah Belia IKRAM Selangor yang akan diadakan pada 30 Oktober 2011 (Ahad) pada jam 8.30 pagi – 4.30 ptg di Dewan Serbaguna, Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak (SRIAAG).

Kem MUB beri kefahaman usia baligh

HULU LANGAT – Bertempat di King Fisher Resort, Kelab Remaja IKRAMTeens telah berjaya menganjurkan sebuah program remaja yang bertemakan ‘Meniti Usia Baligh (MUB)’ dari Sabtu hingga Ahad lalu. MUB merupakan program pembangunan sahsiah dan perkembangan diri remaja. Program selama dua hari satu malam ini berjaya mengumpulkan 52 orang remaja berumur 12 tahun dari sekitar Lembah Kelang.

Jawatankuasa Dan Pimpinan IKRAM Negeri

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia