Aktiviti IKRAM Negeri

Selamat datang ke laman info Aktiviti IKRAM Negeri. Segala maklumat
berkaitan aktiviti IKRAM di cawangan negeri boleh didapati di sini

MPWN melabuh tirai, wanita muda diseru mengembangkan potensi


Majlis Perwakilan Wanita Negeri (MPWN) IKRAM Sarawak telah melabuhkan tirainya pada 11 April 2015 yang lalu.

MPWN kali ini diadakan di Bilik Pascasiswazah, Pusat Islam Tun Abang Salahuddin, Universiti Malaysia Sarawak. MPWN dirasmikan oleh YDP Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Sarawak, Ustaz Dr. Azhar bin Ahmad. 

Dalam ucapan perasmiannya, beliau menyeru wanita IKRAM Sarawak agar mengeluarkan segala potensi dan peluang yang ada untuk bergerak lebih cepat dalam melunaskan segala tanggungjawab-tanggungjawab terhadap masyarakat.

wanita ikram wp 2015
IKRAM Wilayah

Wanita IKRAM Melonjak Ke Hadapan

Tanggal 12 April 2015 telah berlansung MPWN (Majlis Perwakilan Wanita Negeri) dengan kehadiran seramai 58 orang perwakilan. MPWN telah dirasmikan oleh Ustazah Nabiroh Kassim, AJK Wanita Pusat. Semoga Wanita IKRAM WP terus melonjak kehadapan.

program imunisasi al amin
IKRAM Wilayah

Program Imunisasi SRI Al-Amin

Baru-baru ini Jabatan Hal Ehwal Murid telah mengadakan Program Imunisasi pada 8-9 April 2015. Program ini hanya melibatkan murid Tahun 1 sahaja.

IKRAMTeens Kota Samarahan anjur Kem GenQ

Kem Generasi al-Quran anjuran IKRAMTeens Kota Samarahan telah melabuhkan tirainya pada 4 April yang lalu. Kem tersebut diadakan di Pejabat IKRAM Kota Samarahan.

Objektif utama program ini adalah untuk menerapkan ke dalam diri peserta supaya merasakan al-Quran sebagai teman dan menjadikannya sebagai panduan hidup dalam menjalani kehidupan sehari-harian. Selain itu, elemen ukhuwah turut diselitkan dalam program ini. Antara aktiviti yang dijalankan seperti ‘Get to Know Me’, Radio Rosak dan tayangan video.

Antara aktiviti di stesen untuk explorace Cropped Cropped
IKRAM Sarawak

Mukhayyam Ansor Muhajirin – Meneladani Persaudaraan Ansor Muhajirin

Perkhemahan Ansor Muhajirin melabuh tirai pada 29 Mac yang lepas setelah dua hari berkampung di Rockview Agrotek, Lundu bermula 28 Mac 2015.

Disertai oleh 45 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswi, perkhemahan anjuran IKRAM Kota Samarahan kali ini bertemakan ‘Ansor Muhajirin’ yang dipetik daripada kisah persaudaraan kaum Ansor dari Madinah dan kaum Muhajirin dari Mekah setelah peristiwa hijrah Rasulullah SAW.

Ia bertujuan untuk mengambil iktibar dan menjiwai persaudaraan para sahabat Nabi SAW sepanjang program berlangsung.

Training of Palestine Specialist (TOPS)

TOPS_dibimbing_oleh_Dr._Tengku_Shahrom_yang_merupakan_Felo_Kanan_Palestine_Center_of_Excellence_PACE.jpg

Isu Palestin adalah isu sejagat. Maka setiap daripada kita harus memahami ataupun sekurang-kurangnya ambil peduli akan isu ini. Atas kesedaran ini, Jawatankuasa Pembelaan Umat Sejagat Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Sarawak mengambil inisiatif untuk mengadakan program Training of Palestine Specialist (TOPS).

TOPS diadakan pada 4 April yang lepas bertempat di Hotel Zuhra Sibu dan dihadiri oleh seramai 22 aktivis MyCare di seluruh Sarawak.

Jawatankuasa Dan Pimpinan IKRAM Negeri

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia