Aktivis Wanita IKRAM Terima Anugerah Inspirasi Ibu

MELAKA – Puan Rahamah Mohtar, ahli dan aktivis Wanita IKRAM Kuala Selangor telah dipilih sebagai penerima Anugerah Inspirasi Ibu dalam Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2024 pada Ahad.

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menyampaikan anugerah tersebut kepada Rahamah pada majlis yang berlangsung di Pusat Keluarga Pusat Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Ayer Keroh di sini.

Penyampaian anugerah itu turut disaksikan isteri Yang Dipertua Negeri Melaka Toh Puan Asmah Ab Rahman, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato’ Sri Nancy Shukri dan Timbalannya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Hadir sama isteri Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan isteri Datin Seri Zuriyah Ab Aziz.

Kisah perjuangan hidup Rahamah membesarkan anak-anak terutamanya kecekalan beliau menjaga salah seorang anak kembarnya yang disahkan menghidap cerebral palsy dan berkemungkinan akan terlantar sepanjang hayat, sangat memberi inspirasi dan menambat hati juri.

Beliau yang enggan berputus asa mengambil keputusan meninggalkan kerjayanya sebagai seorang guru demi memberi tumpuan sepenuhnya kepada anaknya itu yang memerlukan rawatan fisioterapi hampir setiap hari.

Berkat kesabaran beliau, anaknya Ahmad Mujahid Azmi, mampu bertutur dan berjalan pada usia tiga tahun dan kini telah pun berusia 21 tahun serta mampu berdikari dan menguruskan diri sendiri.

Langit tidak selalu cerah, beliau terus diuji apabila suaminya pula diserang strok tiga tahun lalu serta perlu dibantu makan minumnya dan dalam urusan seharian. Kini, tahap kesihatan suaminya semakin pulih.

Tahniah kepada Puan Rahamah Mohtar. Semoga kisah beliau ini memberi inspirasi kepada semua dengan sifat ketabahan dan daya tahan keibuan walaupun berdepan pelbagai kesukaran.

Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan yang bertemakan “Terima Kasih Ibu” diadakan bagi menghargai kepentingan ibu sebagai pendukung utama kesejahteraan keluarga.

Foto: LPPKN

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia