Aktivis IKRAM terima Anugerah Tokoh Anak Muda Kelantan

Anugerah telah disampaikan oleh YAB Datuk Seri Bentara Setia Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di Kelantan Trade Centre (KTC).

Majlis Penganugerahan Tokoh Anak Muda Kelantan 2011 telah diadakan bagi memberi penghargaan kepada golongan belia yang telah banyak menyumbang dan mengecapi kejayaan agar dapat dijadikan contoh teladan oleh generasi mereka sendiri.

Anugerah Tokoh Mahasiswa ini adalah kali pertama diperkenalkan sejak tahun 2007. Penganugerahan Tokoh Anak Muda Kelantan ini dianugerahkan setiap dua tahun sekali dan pada kali ini daripada 1500 pencalonan akhirnya 6 kategori telah dipertandingkan dan diumumkan pada Majlis ini.

Al Amin, 26 merupakan Penerima Pingat Emas Anugerah Canselor pada Konvokesyen Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) atas kecemerlangan akademik dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Pembuatan) dengan Kepujian. Beliau juga telah dianugerahkan Anugerah Mahasiswa Gemilang daripada universiti yang sama iaitu anugerah tertinggi bagi mahasiswa yang telah memberikan sumbangan yang cemerlang dalam bidang ko-kurikulum.

Selain itu beliau juga merupakan penerima pingat perak Anugerah Rektor Konvokesyen UTeM 2006 sebagai kecemerlangan akademik dalam pengajian Diploma Kejuruteraan Pembuatan. Pada tahun yang sama juga beliau telah dianugerahkan Anugerah Kepemimpinan Mahasiswa sebagai menghargai sumbangan beliau dalam aktiviti dan kepemimpinan Mahasiswa di UTeM.

Menurut Al Amin, keteguhan niat yang jelas dan terarah kerana Allah swt dan Islam telah meledakkan momentum kecemerlangan dalam dirinya sebagai jaminan untuk perjalanan serta perjuangan yang sangat jauh untuk dicapai dan digapai.

“Tekad untuk menjadi penyumbang dalam kebangkitan agama, bangsa dan negara di samping menjadi contoh muslim terbaik yang cemerlang dalam bidang akademik, mantap sahsiah dan berketrampilan serta sentiasa berusaha ke arah pembaikan berterusan inilah yang diterjemah melalui usaha gigih yang berstrategi,” kata beliau yang juga merupakan Tutor di Fakulti Kejuruteraan Pembuatan, UTeM yang kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang sarjana di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Beliau Pernah Memegang jawatan selaku ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar UTeM, Presiden Society of MAnufacturing Engineers, Pengarah Projek Bakti Siswa, Ketua Jentera Pilihanraya Kampus, selain mengendalikan kem-kem motivasi dan kepemimpinan. Sehingga kini beliau masih diamanahkan sebagai Presiden Persatuan Alumni Universiti Teknikal Malaysia Melaka (AUTeM).

Malah, penganugerahan ini memang selayaknya untuk beliau selaku anak muda yang pernah mengecapi kecemerlangan bukan sahaja sebagai Johan Debat Piala Datuk Naib Canselor UTeM tetapi juga aktif dalam pembangunan sosial dan kemasyarakatan.

Beliau aktif dalam IKRAM dan turut merupakan aktivis Hal Ehwal Palestin yang berdaftar dengan Palestinian Center of Excellence (PACE) dan Aqsa Syarif. Beliau juga merupakan penulis bebas isu politik antarabangsa dan hal ehwal semasa di media utama negara.

Beliau juga bergiat aktif dalam aktiviti badan mahasiswa dengan menjadi Exco Hal Ehwal Kebangsaan Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) pada 2010 dan sekarang menjawat sebagai Exco Penerangan KARISMA.

“Alhamdulillah, ditambah dengan sokongan penuh dan keberkatan doa yang bersungguh-sungguh daripada ibu, ayah, keluarga tersayang dan rakan-rakan diharap segala kejayaan akan terus mendatang dan semoga segala-galanya adalah izzah kerana Islam,” tambah anak kepada Hj Mohamed Sultan Oli Mohamed yang merupakan seorang peniaga di Kota Bharu.

Al Amin menerima Wang Dinar dan Dirham Kelantan, pakej menunaikan umrah, sebuah komputer riba, sijil dan plak anugerah. Selain Tokoh Mahasiswa, kategori lain yang turut dianugerahkan ialah Tokoh Ulama’ Muda, Tokoh Akademik, Tokoh Seni Budaya, Tokoh Sukan dan Anugerah Masjid Mesra Belia.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia