Mereka yang menghadiri persidangan yang bermula hari ini sehingga 22 Februari 2016 di sini ialah Pengerusi IKRAM Siswa USIM Nilai, Muhammad Miqdam Mohd Rashid dan aktivis IKRAM Siswa UIAM Gombak, Nik Fatma Amirah Nik Muhamad.
Persidangan tersebut bertujuan untuk mengenal pasti, menganalisis dan menyelidik isu-isu global utama yang perlu ditangani segera bagi mewujudkan sebuah dunia yang baru dan mampan di samping mencadangkan penyelesaian inovatif pada masa hadapan.
Selain aktivis IKRAM Siswa, dua orang wakil belia turut menyertai delegasi AYLF berada di sana iaitu Jufazli Shi Ahmad dan Aishah Azlan.
“Sama-sama kita doakan mereka dapat menyumbang yang terbaik di peringkat Asia Pasifik,” kata Presiden AYLF Malaysia, Muhammad Fikri Ahmad.
Sejurus tiba di Bangkok, delegasi telah mengikuti perkongsian dan networking bersama ASEAN University Network (AUN) di University of Chulalongkorn, Bangkok.
Mereka turut bertemu Achavade Wiroonpetch, Office Manager and Chief Programme Coordinator AUN, berkongsi idea tentang pembangunan, pembinaan keupayaan pemimpin masa depan dan memperkasakan belia di 30 universiti di bawah rangkaian AUN.