Aktif khidmat masyarakat, Nasrul Arif terima Anugerah Prihatin Komuniti Puspanita

Anugerah telah disampaikan oleh KDYM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepada beliau yang merupakan penerima Ijazah Kelas Pertama dengan gred 3.72 dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian).

Anak bongsu daripada lima beradik ini memilih untuk menggunakan masa dengan belajar atau berlatih ilmu baharu seperti membuat reka grafik atau menyunting video dan lain-lain yang mana mungkin berguna untuk masa akan datang sekali gus menjadi nilai tambah untuk dirinya.

Menurut Nasrul Arif, selagi mampu, beliau akan membiasakan diri menyertai program kesukarelawanan kerana ia dapat membuka minda dan menyedarkan kita bahawa ramai orang di luar sana yang memerlukan pertolongan.

“Jika kita mempunyai kelebihan, bantu orang lain yang mungkin mengalami kekurangan, supaya keadaan persekitaran akan menjadi seimbang, malah kita akan dapat lebih lagi,” tambah beliau yang juga penerima Anugerah Dekan selama tujuh semester berturut-turut.

Selain itu, beliau juga meminati bidang pengucapan awam. Beliau turut serta dalam program ‘I Am Survivor’ anjuran Alumni UMP selama tiga tahun berturut-turut bermula dari 2017 sebagai penceramah motivasi kaedah pembelajaran di UMP, di samping menjadi fasilitator program dan panel forum pada 2018 dan 2019.

AJK Penaja Persatuan Belia Harmoni UMP dan bekas Exco Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 4 (Peka 4) ini merupakan seorang pembantu penyelidik kepada Dr Munira Abdul Razak, pensyarah Pusat Bahasa Moden sejak 2016, yang telah memenangi pingat emas dalam beberapa pertandingan inovasi kategori sains sosial peringkat UMP dan kebangsaan.

Turut berkhidmat sebagai pekerja bebas (freelancer), Nasrul Arif bercita-cita untuk mengembangkan perniagaan sendiri, Nazethics Solution dalam bidang perekaan grafik dan pembinaan yang kini dalam proses pendaftaran.

Tahniah Nasrul Arif. Semoga beliau menjadi contoh sebagai seorang dai yang komited, istiqamah dalam dakwah, tarbiah dan kebajikan. Semoga pengalaman, kepimpinan dan kewibawaan beliau akan menjadi inspirasi kepada semua untuk terus berusaha gigih mencapai impian dan kejayaan dalam bidang yang diceburi, insya-Allah.

Kredit: FB UMP Malaysia | FB IKRAM Kuantan

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia